Sunday, July 18, 2010

.perangai orang sekarang 2.

before neh aku pernah tulis entry yang sama tajuk.iaitu perangai orang sekarang.skang aku sambung part 2 pulak eh.baca je k.sorry awal-awal kalau sesiape yang tak setuju.
  • gemar mengutuk mengata.tapi bila dia dikata dikutuk, dia memaki hamun menyumpah seranah.
  • memainkan perasaan orang lain tanpa rasa bersalah.bila ditanya dijawab tiada niat buat begitu.
  • lebih gemar menghabeskan masa dengan mengutuk mengata orang lain.
  • mengutuk mengata orang yang lalu di hadapannya walaupun dia tak kenal siapa itu.
  • depan baik senyum ketawa,belakang mengata mengutuk tak ingat dunia.
  • membenci orang lain walaupun diri sendiri tak pasti apa dosa orang yang dibenci itu.
  • masih teringat dan caring pada ex gf/bf sehingga lupa ex itu sudah ada yang punya.
  • duduk berjiran rumah/bilik berdekatan tapi tak bertegur sapa.
  • sering membuat kesimpulan dari pandangan pertama tanpa kaji dulu asal usul sulur galur cerita.
  • sering mempertikaikan kebolehan orang lain sedangkan orang itu tahu kemampuan diri sendiri.
  • mengganggap kesempurnaan diri sebagai tiket untuk merendahkan orang lain.
  • mengganggap rupa paras sebagai tiket untuk berjaya dalam apa jua perkara.
  • lebih percaya cerita atau khabar angin daripada kebenaran yang menyakitkan.
  • gemar mengejar personaliti dan selebriti media serta menganggap mereka idola walaupun mereka hanya baru berlakon satu drama.
  • mengimpikan kehidupan yang sempurna.rumah besar,kereta mewah,duit tak habis dipakai tapi malas nak keje or belajar.
  • mengganggap kejayaan bangsa lain sebagai satu punca mengapa bangsa dia tidak berjaya.
  • lebih gemar menyerang orang yang dia benci sebagai 'anoymous'.tidak mengunakan identiti sendiri.pengecut!
  • mengganggap jika orang lain tidak bersetuju dengan pendapat atau pendiriannya maka orang itu bodoh.
  • mengingati orang yang sudah pergi meninggal dunia dengan parti tanpa henti bukan dengan bacaan yassin.
  • mengganggap orang itu skema jika dia menggunakan kata ganti diri 'saya-awak' sesama jantina.bukan kah itu berbudi bahasa namanya?
  • mengganggap seposen itu sangat tidak berharga.boleh dicampak dibuang sahaja.
  • mengganggap nick name yang berunsor kebaratan itu sesuatu yang cool dan menarik.

doakan aku dapat buat part 3 plak.sumpah penat pikir neh.
:)

10 comments:

Anonymous said...

strangers?
stalkers?
mona fandi?
eh,bkn..
hahaha kes dlm formspring memberi inspirasi kt ang..haha

Fatin Razali said...

kemal :
hahahah.haros lah.adapt dr dunie sekeliling. :)

miaishika said...

rupa paras ke paras rupa???

kdang2 xdpt nk kawal emosi ble kte g majlis arwah~~
msti nk menitis~~Huhu

pnh gak r menitis gile tyme my atuk meninggal~~Huhu

mama affan said...

biasa la tuh..kutuk org berbakul..bila kena kritik sket..melompat..huhu..

@isHaH@but@lib said...

konklusi nye mengutuk mengata tu memang ade. itula die manusia, kat mata tu nampak jek salah orang. ntah betul ntah tak, without even bother to know kebenaran yang betul, dok sebar mcm2.

hahah. terbakar jap.

Zulfahmi Abidin said...

fahmie agak pasti yang fatin buat bnde nie berdasarkan survey.maybe ade berkait dengan formspring yang faten dapat dari orang lain.hehe.tapi walau ape pon ape yang fatin ckp tuh betul.dan fahmie agak terase sebenarnyer. so....hope awk dapat buat yg no 3 sebab supaye fahmie lagi sedar lepas nie.hehehhe

Entry terbaru Fahmie:
¶ Lokasi Pergambaran Transformers
¶ Muka Cantik Soalan Bodoh Yang Ditanya
¶ Gambar Itu Haram

fendi_scropio said...

salam..
hahhha//mg pun..tapikan orang perempuan slalu kutuk nie..Btokl Ke

Fatin Razali said...

ecah :
tu normal la kan.tahan mcm mane pon menitis gak at last.huk~

fikaryna :
eheee~manusia.gitu lah.

aishah :
aha.yup2.dy dah confident dok sbr cerite pdhal bnde tu xtau lg status dy.

famy :
yup.basicly dr bnde2 yg jadi kat dri sndri kat org sekeliling.i learn 2 adapt. ;p

fendi :
hahaha.perempuan je ke?lelaki juga ya.

aya said...

prgai sekarang lebih suka melihat/sebuk mnjaga kaen org laen sdg kn kaen diorg pon koyak dan busuk. kn ? ;) btw i likee this entry :D

Fatin Razali said...

ayaa :
hahaha.yup2.and ade lg 1 gak perangai org skang.
suke jage tepi kain org sampai tahap mahu selak tengok isi dalam kain.
thanks babe.