Monday, August 09, 2010

.kematian berjemaah.

Bangi - Kejadian kematian kini berlaku lagi dalam kalangan pelajar Komunikasi Media yang kini sudah menjejaki tahun 3. Jika dahulu kematian hanya berlaku kepada seorang pelajar namun kini malangnya seluruh pelajar Komunikasi Media telah dijangkiti seterusnya disahkan mati. Malah lebih teruk lagi dikhuatiri sebenarnya masalah ini dialami oleh seluruh pelajar Pusat Pengajian Media & Komunikasi yang melibatkan Komunikasi Media, Komunikasi Pengurusan Maklumat dan Komunikasi Dasar Awam.

Pelajar-pelajar tersebut dijumpai mati beramai-ramai atau secara berjemaah di laluan Mention, FSSK tepat 12 malam sebelum bermula minggu ke 5 kuliah. Lokasi itu juga merupakan lokasi kegemaran pelajar Komunikasi Media untuk melepaskan tekanan atau membuang masa menanti waktu kuliah.

Kematian berpunca daripada tugasan subjek Industri Komunikasi, Dasar dan Undang-Undang di mana para pelajar diarahkan untuk menyiapkan analisis jurnal sebanyak 15 muka surat tidak termasuk kulit depan,isi kandungan dan lampiran. Malah mereka juga tidak dibenarkan menggunakan double spacing dalam penulisan mereka dan diarahkan untuk membuat presentation spontan pada waktu tutorial masing-masing. Memburukkan lagi keadaan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai jurnal-jurnal mereka semuanya dalam bahasa Inggeris dan kesukaran untuk memahami isi jurnal adalah sangat tinggi ditambah faktor penguasaan bahasa Inggeris yang lemah.

Tugasan yang berat ini tidak dapat diterima akal oleh pelajar Komunikasi Media memandangkan mereka sudah bergelar pelajar tahun tiga. Mereka sedang menghabiskan semester terakhir dan sedang berjuang dengan tesis masing-masing. Selain itu faktor sibuk dengan rakaman dan penyuntingan dokumentari juga menyebabkan mereka sedikit kecewa dengan suspek.

Menurut sumber lagi perjanjian telah dilakukan dalam kalangan pelajar Komunikasi Media agar tidak ada sesi soal jawab ketika presentation berjalan. Namun tidak sempat perjanjian itu dilaksanakan mereka semua ditemui dalam keadaan yang tragis. Hanya dua pelajar yang disahkan selamat iaitu Hee Ting Lee dan Mazne Aznan [bukan nama sebenar] atas sebab mereka berjaya menyiapkan tugasan. Namun keadaan mereka juga sudah agak kritikal dan kuasa tuhan sahaja yang mampu menyelamatkan mereka.

Selepas sesi bedah siasat dan soal siasat dari pihak Hospital UKM maka seluruh pelajar Komunikasi Media disahkan kematian jiwa secara berjemaah dan sedang menanti harapan baru dalam hidup untuk mengembalikan jiwa mereka. Suspek iaitu Puan Rus** kini ditahan atas kesalahan membunuh jiwa dengan niat. Beliau ditahan di Wisma Aman UKM selama beberapa hari.

Oleh : Wartawan yang terselamat.

6 comments:

Jean Denise said...

memang kelakar habis la...
air mata i pun dah menitis ni..
hehe~

Fatin Razali said...

jean :
lol.mane ade klaka.siyes mati da neh. :|

Jean Denise said...

kita akan terselamat jikalau ada cukup 4 orang menawarkan dirinya untuk perbentangan minggu ini...

Fatin Razali said...

jean :
mazne,ting lee,sape lg 2 org?

Jean Denise said...

entah le...
tengah mencari lagi,
2 orang korban utk minggu ini :X
esok tanya kat kelas la..

Mysara Ab Rahman said...

ni mmg kes tensen btul ni....