Wednesday, August 11, 2010

.kini berteman.

aku menapak sendiri
menyusuri lorong kaki lima
yang dipenuhi oleh orang berdua
dan malangnya aku tiada siapa

aku berjalan dan berjalan lagi
teruskan mencari jika ada yang sudi
yang sudi temani aku
menjadi penunjuk jalan jika aku keliru
menjadi peneman tika aku buntu

malangnya aku sudah penat berjalan
dan tiada yang yang menghampiri
menyatakan yang dia sudi
aku hampir berhenti
berhenti di titik yang aku tak pasti

saat aku mahu berhenti
tiba-tiba datang si lelaki pencuri hati
dia bukan setakat penunjuk jalan
bukan setakat peneman
tapi dia pendorong aku teruskan jalan
pemimpin ketika aku perlukan bantuan

dia pimpin aku keluar dari lorong kaki lima
bawa aku jauh dari mereka mereka yang berdua
bawa aku ke satu dunia
di mana penuh orang yang turut berdua-dua
bezanya mereka semua tersenyum gembira

aku pandang dia
dan aku sedar kini aku sudah berteman
tiada lagi jalan kaki berseorangan.
:)



p/s : 5 minit punye hasil.sampahh~huh

2 comments:

saya_arief said...

syair ka..
sajak ka..
:D
selamat pose..

Zulfahmi Abidin said...

6tahun nie Fahmie nk paham kan bnde nie...:)