tiap kali kau mula melangkah,
dunia seakan goyah,
memikirkan hidup ini penuh susah payah,
tanpa kau yang berlagak seperti sang ayah.
tiap kali kau mula berkata-kata,
dunia aku seakan berbeza,
mendengar tiap bait kata dari sang cinta,
buat aku pinta ini kekal hingga tua.
tiap kali kau mula tersenyum,
dunia aku mula penuh dengan warna,
kau buat jantung aku berhenti seketika,
kerana sumpah senyummu itu mengoda.
tiap kali kau mula diam tak bicara,
dunia aku lemah nazak seketika,
sumpah aku lemah tanpa kau bersama,
sumpah aku seksa bila kau bermuram masam muka.
jadi kekasih,
tolong percaya,
aku sayang kau tanpa cacat cela.
1 comment:
superb !
Post a Comment