Saturday, February 26, 2011

.kenapa buang masa?.

assalamualaikum..

hye awak..

kita cuma ada 24 jam je satu hari, cuma ada 7 hari je seminggu, sedar tak sebenarnya masa tu sangat sekejap? memang, manusia tak pernah puas. berharap ada masa tambahan hanya kerana kau lupa nak siapkan assigment, mintak masa tambahan hanya kerana kau tak dapat lagi nak buat keputusan nak pakai baju apa keluar dating. -.-' kau terasa ada bendalah yang kejor kau dari belakang dan bendalah itu adalah MASA.

kau buat aktiviti rutin, kau bangun tidur, tup tap tup tap pergi tidur balik dan bangun tidur balik. sedar tak yang kita sebenarnya tak banyak sangat masa? tapi aku hairan, aku pelik, sumpah pelik, kenapa orang suka sangat buang masa bercakap tentang orang lain, buang masa mengutuk mengata orang lain, buang masa benci menyampah pada orang lain. eh banyak sangat ke masa kau? bak datang kat aku sikit.

orang sekarang banyak sangat masa nak buat semua benda tu. banyak sangat masa yang boleh diluangkan untuk memberi sepenuh perhatian kepada kehidupan orang lain. banyak sangat masa senggang yang kau ada, cukup untuk dinikmati dengan mengata membenci mengondem orang lain. dan bertambah peliknya, orang yang dikutuk dikata tu tak ada buat salah apa pon. yang kau tau cuma nama dia, kau add facebook dia, kau stalk lepas tu kutuk-kutuk. come on lah. kau pernah ke try cakap 'hye!' kat dia? or at least pernah nak cuba senyum kat dia? tak pernah kan? kau setakat lalu sebelah dia pandang atas bawah dah tu kau mengutuk dia sebeban. cantik sungguh perangai.

kenapa buang masa nak benci orang? buang masa nak cari salah silap orang. kenapa? kau pernah tak terfikir nak spend masa free kau tu dengan fikir dan cukup sempurna ke kau? dah cukup elok ke budi bahasa perangai akal kau? dah? bagus. kalau belum, so wth are you thinking lah? go fix yourself lah.

cuba tanya diri sendiri kejap, kenapa kau tak suka dia? sebab dia ramai kawan? sebab dia glamour? sebab dia ada kipas susah mati? sebab dia keluarga yang happy? sebab dia ada henpon xpria yang cool nak mati? -.-' sebab apa? okay, cuba fikir lagi, kau benci dia sebab dia gedik, tanya diri kau sekejap , kalau dia gedik pon tiba-tiba muka kau sopak sebelah ke? benci dia sebab dia badan bau busuk? kalau badan dia bau busuk pun tiba-tiba kucing kau mati ke? tak kan. tak kan lah kot.

kau benci orang, kau tak suka orang, kau mengata orang. pernah tak satu saat kau fikir sekejap, apa perasaan kau bila mahluk yang kau tak kenal langsung, yang memang kau tak tau dari celah bumi mana dia datang tiba-tiba benci kau canang-canang cerita pasal kau. pernah tak kau fikir perasaan tu? pernah? ye, memang lah amalkan konsep 'peduli hape orang nak cakap, kawan-kawan aku tau siapa aku' tapi kau pernah dengar tak perkataan REPUTASI? reputasi kau akan tercalar dengan adanya cerita dari orang luar yang tak kenal langsung siapa kau sebenarnya.

jadi kawan-kawan, apa kata kita gunakan masa kita yang terlebih-lebih tu dengan belajar menghormati orang. tak kisah la dia kurus ke, gemuk ke, cantik ke, hodoh ke, kaya ke miskin ke, tak kisah la macam mana bentuk muka rupa dia, kau kena sentiasa ingat yang dia pun ada perasaan. lagipun tak rugi hormat orang, plus dengan cara tu orang akan hormat kau. jangan risau lah, tak luak tak kredit kau kalau hormat orang. tak habis duit kau kalau kurangkan sedikit ego kau.

lagipun, perasan tak bila ada perasaan tak suka/benci, hidup kita rasa macam tak tenang, tak senang duduk dibuatnya. so tak payah la kau bersusah payah nak susahkan hidup kau. kalau tak boleh nak suka atau sayang kat orang tu, sekurang-kurangnya hormat lah dia. tak susah pon kan?

jadi kawan-kawan,
mari hormat orang.
peace.


:)

7 comments:

am said...

terbaik ten !

miaishika said...

wehuuu~~~~terbaek~~~
sweet2~~Muah2~~Hihi

Fatin Razali said...

am :
thanks!

ecah :
haha. thanks ecah.
muah,muahh gak~

maizatul suraya said...

mcm ni lah baru betul!

Fatin Razali said...

jenab :
haha. kan? :)

hanie bonie said...

manusia skang da xde nilai nk respek org da...-__-" ..rs nak cabai mulot2 org cam gini..cm bagus sgt!

Fatin Razali said...

hanie :
hahaha. relax-relax.