"bukan senang nak jumpa orang yang sayang kita, sabar dengan perangai kita, dan ada dengan kita. bila dah ada tu hargai lah, sebab sekali dah terlepas susah nak dapat balik" - fatinrazali,2011
berdasarkan ayat pepatah di atas jelas lah topik post pada kali ini ye. tak tau lah kenapa lately ini aku terdengar cerita, mendengar cerita tentang manusia-manusia bodoh yang tak tahu bersyukur. bersyukur kali ni merujuk dalam konsep percintaan. hubungan antara seorang lelaki dan perempuan. pengkid aku tak campur *tiba-tiba.
Tak tau lah mana silapnya, manusia-manusia bodoh ni meninggalkan manusia yang tulus cintanya tu. meninggalkan manusia yang pada pandangan manusia lain sangat sempurna cintanya. tak cukup lagi ke?apa agaknya yang manusia bodoh tu nak?
contoh, ini kisah benar. (sorry kepada tuan punya badan sebab jadikan anda contoh). Si Lelaki ni ada Si Perempuan yang hubungan mereka dah jejak 2 tahun lebih. Hubungan tu perlahan-lahan berantakan, apa puncanya mereka saja yang tahu. Lelaki ni tak kisah nak korban kan masa, rendahkan ego dia, sedikit air mata dan bonus, wang juga. Kasih dan sayang dia cukup penuh, full tank untuk si perempuan. tapi si perempuan boleh buat hal, minta mereka jadi kawan atas alasan nak fokus study. -.-' Ya Allah, kau nak lelaki yang macam mana lagi? nak yang sembah kau 24 jam ke? Kau sedar tak ni tahun 2011, sangat susah nak jumpa lelaki yang sayang kat kita okay! sangat amat susah.
kenapa la manusia-manusia ni kan?sumpah aku tak faham. apa lagi yang mereka cari?
kalau dah jumpa orang sayang kat kita, cintakan kita. sabar dengan perangai kita, terima baik buruk kita, ada dengan kita bila kita perlukan dia, tolong lah hargai. tolong lah. ingat senang ke yang nak dapat orang yang mampu korbankan masa, tenaga, air mata, ego diri, dan bonus, wang utnuk kita?kalau senang,mungkin semua orang takkan faham apa maksud bahagia atau derita. :')
apa yang anda mahu?nak cari yang serasi 100%?memang 67tahun lah baru kau dapat pasangan. serasi tu bullshit belaka. serasi tu tak akan ada kalau kita tak cipta. nak serasi? so anda dengan dia kena sama-sama give and take. nak bahagia? so anda dengan dia kena percaya, jujur, setia segala rukun negara apa semua tu. nak yang sempurna?sempurna tu perkara sial celaka. kalau dia mampu buat anda rasa bahagia, bila bahu dia yang tetap anda mahu pinjam walaupun dia yang buat anda menangis, maka dia dah cukup sempurna untuk anda. bila dia mampu kenal diri anda, faham siapa anda, lebih dari keluarga anda, jadi jangan lepaskan dia. :)
kehadapan manusia yang tulus cintanya, anda yang pilih jalan cerita cinta anda macam tu, jadi sabarlah. tak rugi jadi manusia sabar ni. macam aku cakap 'dah sayang,hadap je lah'. kau boleh pilih stay atau pergi. kalau stay atas nama sayang, jadi bertahan la selagi mampu. kalau anda pergi atas nama sayang, tak salah pilihan anda. mencintai tak bermakna memiliki kan?cukup melihat dia gembira, dan jika dia lebih gembira dengan ketiadaan anda, anda kena terima. :') insya-Allah, kalau betul dia milik anda, kalau betul sudah tertulis jodoh anda berdua, tak akan kemana dia. cepat atau lambat pasti akan bersama. tapi jika bukan jodoh, buat lah macam mana sekali pon, bomoh pung pang pung pang sekali pun, tetap tak dapat jugak.
kehadapan manusia bodoh, sila setting balik hati dan perasaan anda. anda mampu mengubahnya. bye.
11 comments:
kenape lately aku bace bende yang same je.? *.* terharu-bukan-menangis aku bace post nie. kau bagus lah weyh
padie :
hahaha.terharu-bukan-menagis. suka ayat tu okay!
Dah dengar lagu 'Manusia Bodoh' - Ada band...?
[Google benda lain ntah macamana tersesat masuk blog ni pulak.. :)]
well. manusia, mana pernah sempurna, nak itu, nak ini, tak sedar siapa diri, sialan, mereka fikir mereka boleh dapatkan semua, capai apa yang difikirkan, ironisnya, tak sedar dan enggan sedarkan diri, bahawa diri tu umpama zarah dalam kalangan masyarakat, bukan apa pun, fikirlah, bersyukurlah. aku suka entri ni. haha
aiyah lau mau jadi perfectionist mang derit aa..
aten . damnn . haha :)
'sayang punya pasal .hadap je lah kan' . tu la aten . dlm masa yang sama kena jgk pk ni karma utk ape yang kte da lakukan sebelum2 ni . alhamdulillah kalau skg kita dah dapat balik apa yang kita buat . biar ni boleh jadi satu lagi 'knwldge' utk kte guna mse2 hadapan kan .. aten . tenks ..
terhebat ! mintak izin copy eh post neyh to my blog ! :)
thumbs up :)
terbaek ah..!!
blackpurple :
tak pernah pulak. oh,kena cakap terima kasih kat google la macam ni. :)
ifuays :
wow.kagum dengan ayat kamu.best. :) manusia tak pernah puas kan? thanks!
nub :
hakikatnya semua manusia memang macam tu. :)
am :
yup.at least kita dah tau jangan buat macam tu, jangan buat macam ni kan? sabar, tu yang penting kan? welcome am. most welcome. kita kan kawan. :)
zyra :
mekaseh. copy lah. :)
iein :
thanks!
linda :
haha.mekaseh. :)
sokong 100 percent post ni!
gud job sys :)
Post a Comment