Wednesday, June 01, 2011

.aku yang bodoh.

rasa ini terus menghantui aku,
rasa yang aku simpan untuk engkau.
entah kenapa hanya kamu yang aku gila,
sedangkan ada yang lebih baik di luar sana.

aku yang bodoh,
aku yang buta,
aku yang akalnya sudah lesap ke mana,
aku yang terus memilih jalan seksa,
kerana memilih untuk terus bersama engkau.

engkau si ego,
engkau si raja,
engkau tak pernah tunjukkan rasa cinta,
cinta engkau hanya di mulut sahaja bukan di hati,
dan entah mengapa,
aku hanya membiarkannya,
ternyata memang aku yang bodoh.

aku yang bodoh,
kekal setia jadi bayang engkau,
kekal melutut terdiam jadi hamba cinta,
berharap satu hari kau akan berkata,
"sayang, hanya kau yang aku cinta".
tenyata itu hanya impian manusia bodoh.

dan impian bodoh ini terus menggila,
berharap mahu terbang dengan si ego seperti engkau ke langit cinta,
berangan berpegangan tangan dengan engkau hingga tua,
ah aku yang bodoh.

dan aku rela jadi manusia bodoh,
tahu mengapa?
kerana impian-impian bodoh itu yang buat aku rasa bahagia,
kerana kekal setia dengan si ego yang buat aku rasa bernyawa,
kerana aku pinta rasa cinta ini akan kekal sampai tua.
kerana ini satu-satunya impian gila.



aku memang bodoh bukan?




2 comments:

Ana Syanaz said...

Sgt bodoh babe!!
Tapi itu buat kita rasa bahgia rasa gembira bepegang dgn mainan impian sndrian yg punya dia bsma~

Anonymous said...

itu lah ape yang saya rasa sekarang :)