Friday, June 03, 2011

.ekspoiltasi rasa.

kau ambil kesempatan,
kau curi masa,
kau cari peluang,
kau ekspoiltasi rasa jiwa hampa,
kau gunakan itu semua,
hanya semata untuk dapatkan dia.

gila,
tamak sungguh kau manusia,
sanggup rebut gaduh demi mahukan si dara,
lagak hebat si gagah selamatkan jiwa luka.

jijik,
sedangkan apa yang kau mahu hanya takhta,
takhta maharaja cinta dalam jiwa si dara,
mahu singgahsana selesa dalam jiwa cinta,
mahu dadik dada ada bayang ke sini ke sana.

tahniah,
engkau sudah berjaya,
si dara sudah serahkan segalanya,
beri jiwa beri cinta beri segala milik dia,
dan beri yakin konon engkau akan jaga.

kesian si dara,
tak sedar dia dieskpoiltasikan cintanya.



2 comments:

Anonymous said...

ekspoiltasi or eksploitasi?

maizatul suraya said...

HAHA.