Sunday, December 20, 2015

.Fungsi Emosi.

Kadang, mahu saja aku minta fungsi emosi ini dibuang. Biar aku jadi manusia yang berhati robot. Agar tak perlu lagi aku merasa sakit. Kerna sakitnya emosi, lebih sakit dari sakit ditoreh ditikam fizikalnya.

Penat. Penat jadi manusia yang terlalu positif mengharapkan sesuatu yang tak pasti.

Tuesday, August 11, 2015

.Apa engkau benar faham.

Kadang tertanya,
Apa engkau benar faham apa yang aku cuba bicara. Tiap bait kata yang aku cuba sampaikan maknanya.

Kadang keliru,
Apa engkau sama rasa dengan aku. Sama-sama mahu kita ke arah itu. Sama-sama susah senang capai destinasi yang satu.

Kadang putus asa,
Bila aku rasa engkau cuma berserah ambil apa yang ada. Bila aku rasa aku ini bukan apa yang engkau mahu sebenarnya.

Kadang pilu,
Rasa mahu buang saja semua 'kadang' ini dan humban dalam simpanan. Bawa saja diri kemana-mana kawasan. Hidup sendiri bertemankan perasaanz

Saturday, August 08, 2015

.Penat.


Gerak kaki,
Susun atur langkah sendiri.
Fikir tari apa sesuai dengan diri.
Usaha gaya apa sesuai untuk berdua.

Kadang penat,
Bila berusaha sendiri untuk berdua.

Kadang penat,
Bila hanya kita yang terlalu beriya.

Kadang penat,
Bila rasa semua usaha nampaknya sia-sia.

Memang penat,
Bila asyik pendam rasa.

Friday, July 31, 2015

.Muka.

Kenapa selesa bertukar-tukar muka?
Dengan dia muka satu,
dengan aku kau salin muka begitu.

Tak mahu jatuh hukum ikut suka.
Tapi, bangsa kau memang begitu.

Thursday, June 04, 2015

.Jadi, selepas ini apa?


Jadi, selepas ini apa?
Selepas kita semua punya dunia yang 100% terasing?
Bila kita hanya memikirkan kubur kita asing-asing?

Apa mampu lagi bual bicara hingga malam buta?
Atau sudah tak peduli bila masing-masing punya cahaya mata?

Friday, April 17, 2015

.Kelakar.

Kelakar kan?

Bila kita hanya mampu menulis mengarang ayat bila jiwa tengah berduka.

Dan bila sudah kembali berbunga, kita lupa pada tempat kita luah rasa.

Macam aku.

Kah!

Tuesday, August 27, 2013

.Sang Kipas Raja.

Hilang.

Aku tak tahu mana perasaan itu hilang. Teruja yang dulu sudah lama terbang.

Semak, serabut. Bila Dewi Sempurna sibuk ketuk sibuk kerah hamba. Bila Dewi Sempurna ayatnya tak sama macam perilakunya. Depan diam belakang sibuk mengata aku tak berusaha. Soalan, apa lagi yang aku boleh bantu jika kau memilih menguna teknologi walaupon aku di depan kau terkaku. Jawab.

Sang Kipas Raja tambah lagi emosi di dada. Sibuk tayang pada dunia dia lah pekerja paling mulia paling kemas hasil tanganya. Hakikatnya, hamba-hamba yang lain tahu itu wayang cuma. Kau teruskanlah bodohkan Si Raja.

Cukup masa, cukup derita aku terbang tinggalkan sangkar petak ini.

Tak mampu tahan cekalkan rasa.

Hati dah lama mati.