Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Thursday, June 04, 2015

.Jadi, selepas ini apa?


Jadi, selepas ini apa?
Selepas kita semua punya dunia yang 100% terasing?
Bila kita hanya memikirkan kubur kita asing-asing?

Apa mampu lagi bual bicara hingga malam buta?
Atau sudah tak peduli bila masing-masing punya cahaya mata?

Friday, April 17, 2015

.Kelakar.

Kelakar kan?

Bila kita hanya mampu menulis mengarang ayat bila jiwa tengah berduka.

Dan bila sudah kembali berbunga, kita lupa pada tempat kita luah rasa.

Macam aku.

Kah!

Tuesday, March 05, 2013

.cari dan terima.

Bila dah lama hidup berdua, berpasangan sedikit demi sedikit soalan 'betul ke dia ni untuk aku?' mesti akan kerap masuk dalam otak. Lagi-lagi bila waktu emosi PMS, segala kemusykilan bersarang dalam kepala. Aku dan dia juga begitu.

Kemudian tertanya lagi, kalau dia bukan untuk kita kenapa kita ditemukan, kenapa mesti wujud keserasian pada awalnya? Kenapa segala kelemahan muncul bila kita dah rasa dia kita yang punya.

Bergaduh, bercekau, meragukan, meragui semuanya muncul. Syaitan dok bisik tepi telinga masuk dalam kepala 'eh tinggalkan saja dia'. Semak, bising.

Duduk, tarik nafas dalam-dalam dan fikir. Bahagia itu kan kita sendiri yang cipta, kita sendiri yang bina. Jadi kalau mau bahagia, kita kena usaha. Sama seperti konsep Mr.Right. Mana ada manusia sempurna yang tiada satu pon cacat celanya. Kalau baik budinya, kurang segi harta. Kalau mewah hartanya, kurang ilmunya. Kita perlu belajar dan cintai segala kelebihan dan kekurangan dia. Segalanya tentang dia.

Dan mungkin, selepas itu kita akan lebih bahagia.


Friday, September 14, 2012

.idea rasa bahagia.


mereka tanya mana aku dapat idea,
mereka tanya mana aku dapat rasa.

senyum.

apa mereka buta,
engkau punca idea punca rasa.
aksara indah ini datang dari rasa bahagia,
yang terbit bila kita berdua.

rasa ini indah,
maka hasil susunannya juga indah.

cuba yang dirasa itu gundah,
maka tunggang terbalik susunannya.

terima kasih,
bagi aku idea rasa ini.


Monday, July 23, 2012

.perempuan dan perkahwinan.

Assalamualaikum.

Entah kenapa lately ni aku asyik ditiup dikecohkan dengan isu perkahwinan. Mungkin sebab aku dah grad, dah kerja, umur pun dah 24, apa lagi yang mahu di tunggu kan. Emak pon dah dok membebel bila lagi aku nak bawak balik calon.

Perkahwinan. Entah, sungguh kalau dalam hal diri aku rasa tiada masalah langsung untuk berkahwin. Alhamdulillah aku boleh memasak, mengurus isi rumah, jaga budak kecik, apa lagi yang diperlukan? Mungkin kematangan diri? Insya-Allah kematangan ini sendiri akan datang dengan rasa tanggungjawab bila kita mahu berkahwin.

Soal calon? Jika dulu asal waktu balik kampong jek mak cakap pasal kahwin, aku mula tunjuk tanda protes. Kini, bila aku yakin aku dah jumpa calon yang tepat, mungkin isu ini makin realistik. Cumanya, nasib tak menyebelahi kami. Nak kawen bukan seposen dua ye dak.

Aku bukan mahu berbicara isu peribadi aku dan perkahwinan. Apa yang ingin aku bicarakan di sini adalah perempuan dan perkahwinan. Zaman sekarang wujud dua jenis perempuan dalam hal perkahwinan ni. pertama, wanita bekerjaya yang baginya perkahwinan itu hanya sesuatu yang menyusahkan. Kedua, perempuan yang gatal mereyam nak berkahwin.

Berbicara mengenai isu pertama, ya wanita bekerjaya yang hanya menganggap perkahwinan itu sesuatu yang menyusahkan. Baginya apa motif berkahwin punya suami punya anak sedangkan dia sudah mempunyai kerjaya yang mampu memberikan dia segala. Soal kesunyian bukan lagi satu masalah bila duit mampu menutup kesunyian tersebut. Bagi perempuan sebegini perkahwinan hanya akan membataskan masanya dan pergerakan dirinya dalam membina kerjaya. Mohon dijauhkan umat islam dalam hal ini. Nabi tak mengaku umat jika kita menidakkan perlunya perkahwinan.

Isu kedua dimana perempuan yang gatal mereyam tak sabar nak berkahwin. Berkahwin ini bukan sekadar kau dah cukup duit kau dah boleh kawen. bukan. ya, kau punya kerjaya, pendidikan yang setara, tapi cuba belek diri dalam hal rumah tangga. Pandai memasak? Pandai mengurus isi rumah? Pandai menjaga bayi? Mampu urus hidup orang lain?

Siapa kata memasak itu tak penting dalam perkahwinan? Lama mana suami mampu bertahan makan luar, upah orang gaji untuk memasak. Setahun paling lama tiga tahun. Selepas itu suami mula muak dan mulalah kes 'makan luar'. Bila berlaku kes sebegitu pihak lelaki yang disalahkan curang. Tak pandai memasak tidak mengapa, tapi usaha nak belajar tu mesti ada. Bukan sibuk nak kahwin tapi bila emak memasak kau tu masih sibuk bergolek kat sofa tengok tv. hello, ada akal guna boleh tak? Si perempuan juga sekurang-kurang sudah mampu nak uruskan hal rumah dan mampu jaga suami. Walaupon dah bercinta bertahun konon dah kenal dia takkan sama dengan duduk serumah. Bila dah duduk serumah baru kita betul kenal perangai dia macam mana. Siang malam kita hadap muka dia jek. Awak rasa awak mampu buat? Selain tu, bila nak berkahwin ni sekurang-kurangnya dah mampu kawal emosi sendiri. Kahwin ni bukan macam couple, asal merajuk jek awak mintak putus. Talak ada 3 jek cik kak. Kalau emosi sendiri pon tak boleh kawal, macam mana nak hadap egonya si suami nanti. Syurga kita pon dah berpindah ke tapak kaki suami. Bila berkahwin juga kita dah kena sedar keutamaan kita bukan lagi keluarga kita, tetapi suami. Bila suami kata tiap kali raya balik kampung dia, kita perlu turutkan. Bukan merajuk dan balik kampung sendiri. Kita perlu sedar di mana kedudukan kita.

Perkahwinan bukan sekadar dah cukup duit atau tidak. Ia lebih daripada itu. Jadi kalau anda dah sanggup gatal nak kahwin, dah jumpa calon sesuai, maka siapkan lah diri dengan cabaran selepas perkahwinan pula. Moga ia menjadi satu-sayunya perkahwinan dalam hidup anda. Amin.


Wednesday, August 17, 2011

.jangan tunggu saya.




jangan tunggu saya.
jangan tunggu saya.
jangan tunggu saya.


ah.
macam anak kecil,
makin dikata jangan makin lah mahu dibuat bukan?



Saturday, August 13, 2011

.random 2.







sungguh celaka kalau dah rasa macam ni kan?



Friday, July 29, 2011

.pilihan.


Assalamualaikum..

hye hoi hui...

Dalam hidup ni kita sentiasa mempunyai pilihan dalam apa jua perkara apa jua keadaan. Pilihan yang akan membawa ke jalan hidup kita yang seterusnya. tak percaya? kau sentiasa mempunyai pilihan ketika lapar. kau boleh terus mengeluh kelaparan atau pergi sahaja ke dapur dan baham maggie yang ada. ya, itu memang bukan kemahuan kau tapi itu memang pilihan yang ada. Sama juga bagi gadis-gadis yang terpaksa termenung depan almari yang penuh dengan baju tapi masih lagi keliru taktahu nak pakai baju apa. kau boleh sahaja pilih mana-mana baju atau kekal keliru.

Sama juga keadaannya dengan pilihan hati. pilihan cinta. kau sentiasa ada pilihan dalam memilih siapa yang akan duduk dalam sofa empuk selesa di dalam hati kau atau siapa yang kau akan campak di luar pintu hati tak beri peluang masuk.

walaupun kau mempunyai ramai pilihan, ramai yang menawar diri menawar cinta tapi hanya kau yang ada hak mahu buat pilihan yang mana satu kau mahu. ya, kadang kala mereka yang lain akan kata pilihan kau itu tidak tepat salah sama sekali. abaikan. kau tahu apa yang hati kau mahu bukan?





dan jika dia yang kau pilih itu tak menghargai, dia yang kau beri sofa empuk itu tak menyedari. ah sudah-sudahlah bersedih. sedarkan dia, goncangkan mimpi dia, nyatakan pada dia kau ada depan mata. tak perlu mengeluh merungut dia taktahu hargai kau. kau yang memilih dia bukan? kau sayang dia bukan? dah sayang, hadap jek lah. tak perlu banyak cerita.

namun sayang, ada satu saat kau perlu sedar yang pilihan kau tak sentiasanya benar. ya, dia mengisi segala keperluan yang kau mahukan , dia lah yang kau idam-idamkan. tapi tak ada gunanya kalau dia tak menjadikan kau pilihan hati. ya, sayang memang sayang. cinta memang cinta. jadi sudah lah sayang, bangunlah dari mimpi indah kau itu. dia tak mungkin sedar kewujudan kau.



bangun dan sedar ada yang lain memilih kau.


:)

Monday, July 25, 2011

.random 1.