Showing posts with label benci. Show all posts
Showing posts with label benci. Show all posts
Wednesday, August 15, 2012
.semua pon tak kena.
segala benda semua tak kena,
buat ini kena kata,
buat itu kena kutuk,
buat begitu dibantah,
buat begini dikata salah.
entah yang macam mana yang sempurna,
mata manusia mana pernah nak kena.
segala benda ada saja kurangnya,
tak pada dia, pada dia yang lain.
serba salah jadinya.
jadi diri sendiri dikata annoying,
jadi orang lain dikata hipokrit,
meh bagi 1001 : cara mahu hidup,
mengutuk mengata macam kau sempurna.
Monday, July 23, 2012
,teruskan jalan.
Manusia,
bila dengar sesuatu yang buruk,
mana pernah nak bertanya,
nak siasat asal usul,
mereka akan terus jatuhkan hukum.
tipikal manusia memang begitu.
gemar jatuh hukum seoalah dia tuhan.
labelkan manusia lain itu ini.
prinsip aku,
cukup aku dan mereka yang perlu tahu itu tahu,
tahu siapa aku apa cerita sebalik aku.
yang lain? persetankan saja kata mereka.
mereka takkan berhenti mengata.
manusia,
takkan pernah jemu cari salah tingkah laku.
Friday, November 18, 2011
.manusia macam biasa.
manusia,
macam biasa.
terlalu mudah meneka.
terlalu mudah buat kesimpulan sendiri.
terlalu mudah percaya sebelah pihak.
apakah terlalu sukar untuk bertanya?
apakah sukar fikir panjang?
ah aku lupa,
kau manusia,
macam biasa terlalu mudah jadi celaka.
Saturday, August 20, 2011
.salin dan tampal.
select all, copy, paste.
itu sahaja yang kau mampu?
itu sahaja kepakaran kau?
itu sahaja kemampuan kau?
satu ayat untuk kau,
KESIAN.
orang macam kau lah yang buat penulis merajuk,
orang macam kau lah yang buat lect mengamuk,
orang macam kau lah yang buat dunia berkecamuk.
kenapa?
sebab orang macam kau lah yang taktahu nak hargai hasil usaha dunia!
kalau dah tak ada idea,
tak salah rasanya biarkan blog berhabuk bersawang.
dari penuhkan blog dengan hasil taipan orang.
lagi sekali,
kesian kau.
Saturday, July 02, 2011
.control C.
hye hoi hui..
mula-mula izinkan aku mencarut di dalam entry ini. ya, memang aku pernah cakap mencarut takkan buat kita nampak cool dan mencarut takkan menyelesaikan apa-apa masalah. tetapi mencarut saat ini dapat memuaskan hati yang amarah. ewah.
tengah syok dok online, dapat mesej kat inbox facebook dari rakan maya. beliau bagitau entry aku di copy paste. ewah. aku ingatkan dah habes dah zaman copy paste. ada lagi rupanya. seorang blogger yang aku tak sempat nak berkenalan telah gigih tekan control c dan control v di blognya. setakat ni 2 entry sahaja.
ya. memang bukan hebat mana pun tulisan taipan aku. aku hanya penulis picisan yang meluahkan rasa emosi jiwa melalui blog kesayangan aku ini. bullshit, bukan bermakna aku ini glamour bila entry ak di copy paste. bukan. bukan itu yang aku cuba maksudkan.
aku takde lah marah sangat beliau copy paste ayat aku. at least aku tahu ada yang menghargai hasil tulisan aku. ye dak? alah. aku buat thesis pon aku copy paste. bezanya, aku reti letak credit atas hasil tulisan beliau. susah sangat ke nak bagi kredit pada penulis asal? susah sangat ke? haiyo. bukan aku nak sangat kau linkkan ke blog aku. bukan aku nak sangat kau paparkan nama aku kat blog kau yang amek masa 2 minit nak loading tu. bukan ye.
tak tahu apa maksud memberi kredit? meh aku tunjukkan.
contohnya kau telah mengcopy ayat PERGI MATI SAMA KAU! ini dan kau harus lah letak kredit yang sebegini.
PERGI MATI SAMA KAU! - FR
atau
PERGI MATI SAMA KAU! -FatinRazali
atau
PERGI MATI SAMA KAU! - fatinrazali.blogspot.com
susah sangat ke? tak susah rasanya. kan? kecuali kau tahap pemalas nak mati lah kan. atau sebenarnya kalau kau baru tahu apa maksud memberi kredit lah kan. paling biadap bila kau dah copy paste, lepas tu ewah bangga jek cakap itu kau yang taip. babi jek. malu la sikit weh. tak salah biarkan blog kau bersarang takde entry baru sebab takde idea daripada copy paste dan mengaku itu kau punya.
memang dari zaman sekolah kita dah biasa meniru kan? tak siap keje sekolah tiru kawan punya. tak siap asgment pinjam kawan punya. bezanya, tiru lah dengan bijak.
sudahlah. malas nak emosi lebih-lebih. bak sebilangan manusia kata "bajet kau femes sangat la paten yang kau nak emosi?". susah nak fahamkan orang yang tak faham bahasa ni kan? ktanxbye.

btw, bercakap mengenai copy paste, mungkin korang patot baca entry plagiat itu keji, syaitan! dari lensa rosak.
bye!
Sunday, May 29, 2011
.manusia dabik dada.
muak.
*ludah
kau menjengkelkan.
*jeling tajam
kau dadik dada sini sana,
kau gebang hebat satu dunia,
kau rasa macam kau lah pewaris takhta DiRaja,
kau borak macam kau saja punya idea.
*pandang sinis
kau duduk tegak penuh bangga,
berdiri dadik tayang 6 petak dada,
pandang manusia seolah kau tiada dosa,
kutuk caci maki mereka seolah dia semua hamba.
*pilih batu
ah mengapa tidak kau bercinta dengan diri kau sahaja?
berkahwin dengan poster muka kau sana,
bergomol di ranjang dengan bingkai gambar muka kau tanda cinta,
kau kan hebat suci bersih mulia katanya.
*lempar batu
*terus pandang
baiklah, kekalkan lah ragam kau sana,
manusia mula muak malas sudah ada rasa,
kau boleh gebang boleh borak boleh dabik dada.
ah. mungkin kau lupa,
kau tak boleh tanam diri sendiri akhirnya.
masih perlukan manusia ini semua.
*tersenyum sinis
p/s : pe kejadah aku taip ni pon aku taktau.
-.-'
Friday, April 22, 2011
.take a note KID.
sila ambil perhatian,
aku dah 23.
diulangi 23 tahun.
(pasal muka & saiz badan belakang cerita)
jadi,
aku takkan ada perasaan pada budak bawah umur,
tak kesah la kau hensem macam mana sekalipon.
tak perlu la nak nasihat bagai okay.
tak perlu nak burukkan member sendiri.
sumpah kau sangat menjengkelkan.
p/s :
rasa macam nak tampal umur aku kat dahi.
-.-'
Tuesday, February 22, 2011
.benci diri sendiri.
kadang-kadang benci dengan diri sendiri.
benci dengan diri sendiri sebab menjadi seorang perempuan yang terlalu murah air mata.
terlalu emosi jiwanya, terlalu rapuh hatinya.
benci dengan diri sendiri,
bila belagak pura-pura kuat sedang dalam hati?
hanya Allah yang mengerti.
benci bila pura-pura okay tak ada apa jadi,
tapi hati menggelabah rasa nak tikam diri.
benci bila mata dah jadi macam panda,
dan esok terpaksa kerja kat angkasapuri yang bosan nak mati.
sumpah benci diri sendiri.
rasa macam nak tembak kepala,
kemudian tanam diri sendiri.
sekian.
.....
Friday, February 18, 2011
.orang tepi jalan.
mereka sapa aku tiap kali aku lalu.
lalu di lorong kecelakaan hidup yang penuh dengan manusia dua muka.
sapa 'hoi, nak ke mana tu?' berborak berbual macam dah lama kenal.
berbicara perkara general, perkara sial celakanya hidup.
satu hari aku lalu di lorong itu,
mereka tetap sapa seperti biasa, bezanya aku tak seramah biasa,
hanya mampu senyum angguk kepala.
tiba-tiba aku di makin orang tepi jalan 'ah kau,belagak kau diva!' hanya kerana aku tak ramah berkata.
kau fikir aku apa? manusia tanpa emosi? manusia tanpa rasa sedih di hati?
ya, tiap hari aku gembira melompat teruja,
tapi akan wujud juga satu hari di mana aku rasa mahu mati.
rasa mahu tanam diri sendiri.
kau hanya orang tepi jalan, yang kau tahu hanya generalnya hidup aku,
kau bukan orang yang mengisi cerita hidup aku.
bukan orang yang buat aku masih bersyukur punya mereka.
jadi tolong diam, aku mahu tanya 'kau siapa?' yang mahu hakimi aku?
sumpah aku jelak, boyak, jemu rasa mahu ludah tepat ke sisi hidup kau.
aku punya sisi gelap sendiri, sisi mati hidup ini.
kau hanya orang tepi jalan, jadi tolong diam.
.
.shut up fucker.
you have no fucking idea what i'm going trough in my life.
so please just shut up fucker.
Tuesday, February 15, 2011
.sangap.
Hey Rockstar,
kau sangap hiburan syaitan,
bangga teguk air haram siang malam,
menari berdansa kepit si dara pujaan,
kau bangga kau suka mereka kagum terdiam.
Hey Rockstar,
kau sangap publisiti dunia,
kau kecoh kau kecah dabik dada,
konon kau lah pejuang manusia,
bantu mana-mana si malang si hina,
cuba fikir sejenak hati kata apa?
"ah ini untuk meraih perhatian dunia".
Hey Rockstar,
kau sangap perhatian media,
bangga tulis status facebook merata,
tweet tweet perkara yang cool sahaja,
kau tau aku rasa apa?
"sumpah kau poyo, pergi mati sana".
Hey Rockstar,
kau sangap perhatian khalayak manusia,
kau suka apa yang kami lupa,
kau benci apa yang kami suka gila,
kau jadi lain anggap kau istimewa,
kau berdiri atas paksi kau memang satu-satunya,
kau fikir dunia ini memang kau yang punya.
Hey Rockstar,
kau sangap nama ternama,
kau sarapan pagi di starbucks saja,
makan tengah hari di hotel ternama,
dinner bersama si dia di cafe high class semata,
lepak shisha sepam dua di bukit bintang sana.
ah geli sungguh aku rasa.
Hey Rockstar,
kau tahu kau sangapa apa sebenarnya?
kau sangap perhatian keluarga,
kau sangap kasih sayang dari si cinta,
kau sangap setia kawan tulus hatinya,
kau sangap ini semua..
kau sangap apa yang orang lain semua ada.


p/s : kehadapan stalker dan haters, saya tahu anda baca blog saya dan akan terus membaca. teruskan klik 'sampah'. kamu sangat gula-gula tahu. :)
-.-'
kau sangap hiburan syaitan,
bangga teguk air haram siang malam,
menari berdansa kepit si dara pujaan,
kau bangga kau suka mereka kagum terdiam.
Hey Rockstar,
kau sangap publisiti dunia,
kau kecoh kau kecah dabik dada,
konon kau lah pejuang manusia,
bantu mana-mana si malang si hina,
cuba fikir sejenak hati kata apa?
"ah ini untuk meraih perhatian dunia".
Hey Rockstar,
kau sangap perhatian media,
bangga tulis status facebook merata,
tweet tweet perkara yang cool sahaja,
kau tau aku rasa apa?
"sumpah kau poyo, pergi mati sana".
Hey Rockstar,
kau sangap perhatian khalayak manusia,
kau suka apa yang kami lupa,
kau benci apa yang kami suka gila,
kau jadi lain anggap kau istimewa,
kau berdiri atas paksi kau memang satu-satunya,
kau fikir dunia ini memang kau yang punya.
Hey Rockstar,
kau sangap nama ternama,
kau sarapan pagi di starbucks saja,
makan tengah hari di hotel ternama,
dinner bersama si dia di cafe high class semata,
lepak shisha sepam dua di bukit bintang sana.
ah geli sungguh aku rasa.
Hey Rockstar,
kau tahu kau sangapa apa sebenarnya?
kau sangap perhatian keluarga,
kau sangap kasih sayang dari si cinta,
kau sangap setia kawan tulus hatinya,
kau sangap ini semua..
kau sangap apa yang orang lain semua ada.


p/s : kehadapan stalker dan haters, saya tahu anda baca blog saya dan akan terus membaca. teruskan klik 'sampah'. kamu sangat gula-gula tahu. :)
-.-'
Sunday, December 26, 2010
.what do you expect.
what do you expect?
mereka tanya,
'apasal kau tak sedih pon ten?'
what do you expect?
sumpah kalau dengan cara bersedih aku akan dapat dia balik,
aku sanggup bersedih sampai mati.
tapi aku tau akan takkan dapat dia balik.
mereka tanya,
'kenapa ten?'
what do you expect?
kalau aku tahu apa reasonnya aku takkan jadi macam ni.
siang malam hati tak tentu arah fikir mana silap aku.
mereka cakap.
'baru bape minggu kau dah macam gatal-gatal dengan laki lain'
what do you expect?
kau nak suruh aku fikir dia duduk diam tak buat apa.
i need something to do to make me forget him.
mereka cakap,
'relax lah,ramai lagi yang sayang kau'
what do you expect?
aku boleh lupa macam tu je lelaki yang aku sayang bagai nak gila tu?
aku rasa semua pun tahu macam mana aku sayang dia.
sampai satu tahap ni, aku dah malas nak bercinta. penat.
mereka cakap,
'you deserve someone better'
what do you expect?
macam mana korang boleh tahu sapa yang baik utnuk hidup aku?
you are talking bout my life, aku tahu siapa yang terbaik untuk aku.
dan dia yang terbaik untuk aku.
aku penat.
siang malam fikir pasal dia.
semua benda sekeliling ingatkan aku pasal dia.
penat sangat-sangat.
jadi tolong jangan nak tambahkan serabot aku eh.
kalau aku senyum, ketawa tak payah nak tanya aku tak sedih ke.
orang bodoh je yang tak sedih kalau kena keadaan macam aku.
post ni tunjokkan aku macam desprate kan?
biarlah..
mereka tanya,
'apasal kau tak sedih pon ten?'
what do you expect?
sumpah kalau dengan cara bersedih aku akan dapat dia balik,
aku sanggup bersedih sampai mati.
tapi aku tau akan takkan dapat dia balik.
mereka tanya,
'kenapa ten?'
what do you expect?
kalau aku tahu apa reasonnya aku takkan jadi macam ni.
siang malam hati tak tentu arah fikir mana silap aku.
mereka cakap.
'baru bape minggu kau dah macam gatal-gatal dengan laki lain'
what do you expect?
kau nak suruh aku fikir dia duduk diam tak buat apa.
i need something to do to make me forget him.
mereka cakap,
'relax lah,ramai lagi yang sayang kau'
what do you expect?
aku boleh lupa macam tu je lelaki yang aku sayang bagai nak gila tu?
aku rasa semua pun tahu macam mana aku sayang dia.
sampai satu tahap ni, aku dah malas nak bercinta. penat.
mereka cakap,
'you deserve someone better'
what do you expect?
macam mana korang boleh tahu sapa yang baik utnuk hidup aku?
you are talking bout my life, aku tahu siapa yang terbaik untuk aku.
dan dia yang terbaik untuk aku.
aku penat.
siang malam fikir pasal dia.
semua benda sekeliling ingatkan aku pasal dia.
penat sangat-sangat.
jadi tolong jangan nak tambahkan serabot aku eh.
kalau aku senyum, ketawa tak payah nak tanya aku tak sedih ke.
orang bodoh je yang tak sedih kalau kena keadaan macam aku.
post ni tunjokkan aku macam desprate kan?
biarlah..
Sunday, December 19, 2010
.sakit,sumpah sakit.
sumpah sakit.
tak kira hebat macam mana pun aku hebat dalam berpura aku okay,
ia tetap sakit. sangat sakit.
setiap saat, setiap masa tak boleh berhenti.
luar senyum dalam hancur.
luar ketawa dalam hampir mati.
kalaulah..
tak kira hebat macam mana pun aku hebat dalam berpura aku okay,
ia tetap sakit. sangat sakit.
setiap saat, setiap masa tak boleh berhenti.
luar senyum dalam hancur.
luar ketawa dalam hampir mati.
kalaulah..
Sunday, November 21, 2010
.perempuan.
ke hadapan saudari di sana,
kita sama-sama perempuan.
rasa kau boleh paham.
mudah kan.
dah habis bersopan santun dah aku,
kalau kau tak faham tak tahu lah nak cakap macam mana.
Tuesday, November 09, 2010
.maaf.
kepada haters dan stalker,
post ini khas untuk anda.
maaf.
maaf saya tak sempurna di mata anda,
tak mampu jadi kesukaan anda,
saya memang begini.
maaf.
maaf saya tak ada masa nak fikir apa pandangan anda terhadap saya,
saya banyak lagi masalah lain di sana,
anda boleh fikir apa saja tentang saya,
kerana saya tak akan berubah semata-mata untuk anda.
maaf.
maaf saya buat rasa anda tak senang duduk,
terpaksa stalk facebook dan blog saya,
maaf kerana bazirkan masa anda,
ah saya memang suka.
maaf.
maaf kerana saya masih tersenyum bahagia,
sedangkan anda di sana benci sama saya,
pernah dengar perkataan 'ada saya kesah?'?
okay itu saya tuju untuk anda.
maaf.
maaf kerana menjadi diri saya.
meletakkan 'sampah' di bawah untuk anda klik disana,
tak perlu malu, saya tahu kewujudan anda.
maaf.
maaf kerana hidup saya lebih indah dari anda,
hingga anda terpaksa cemburu buta,
mungkin anda patut berhenti dan syukuri apa yang ada.
maaf.
maaf kerana menjadi Nur Fatin Binti Razali,
manusia yang anda benci,
dan yang anehnya,
saya tak kenal anda atau ucap hye kepada anda.
ah.
baru sedar,
anda rupanya sakit jiwa.
:)
post ini khas untuk anda.
maaf.
maaf saya tak sempurna di mata anda,
tak mampu jadi kesukaan anda,
saya memang begini.
maaf.
maaf saya tak ada masa nak fikir apa pandangan anda terhadap saya,
saya banyak lagi masalah lain di sana,
anda boleh fikir apa saja tentang saya,
kerana saya tak akan berubah semata-mata untuk anda.
maaf.
maaf saya buat rasa anda tak senang duduk,
terpaksa stalk facebook dan blog saya,
maaf kerana bazirkan masa anda,
ah saya memang suka.
maaf.
maaf kerana saya masih tersenyum bahagia,
sedangkan anda di sana benci sama saya,
pernah dengar perkataan 'ada saya kesah?'?
okay itu saya tuju untuk anda.
maaf.
maaf kerana menjadi diri saya.
meletakkan 'sampah' di bawah untuk anda klik disana,
tak perlu malu, saya tahu kewujudan anda.
maaf.
maaf kerana hidup saya lebih indah dari anda,
hingga anda terpaksa cemburu buta,
mungkin anda patut berhenti dan syukuri apa yang ada.
maaf.
maaf kerana menjadi Nur Fatin Binti Razali,
manusia yang anda benci,
dan yang anehnya,
saya tak kenal anda atau ucap hye kepada anda.
ah.
baru sedar,
anda rupanya sakit jiwa.
:)
Monday, November 01, 2010
.dunia kau,dunia aku.
bisik bisik,
kata kata,
cerita cerita,
sebar sebar.
ah bahagia sungguh engkau,
sibuk menyelak kain orang,
apa kain kau sutera mahal?
yang tak perlu dijaga dibelek dibelai?
dunia aku,
dunia kau.
tidak wujud dunia kita.
celaka itu semua.
tahu kenapa?
sebab kau hanya radio penyebar cerita.
sibuk ke sini sana jaja cerita.
jaja cerita tentang aku yang rupanya kau tak kenal pun siapa.
pergi mati itu semua.
tahu kenapa?
sebab kau tak tahu asal usul cerita.
kau bangga sebar pada semua.
aku dalam dunia aku.
tak pernah terdetik sekali mahu ketuk pintu dunia kau.
jad tolong, jaga dunia kau yang aku rasa sudah berantakan.
oh apakah kau bosan?sampai dunia aku kau jadikan bahan?
tolong pergi. aku tak kacau dunia kau.
Saturday, September 25, 2010
.rimas tau?.
heh..memang tengah musim ke ape?
semue 'orang-orang lame' nak datang balik kacau hidop aku.
rimas tau tak?
rindu lah ape lah..
sepak kang..
tak mau kacau saye..
pergi maen jaoh-jaoh..
saye takmau kamu..
paham?
semue 'orang-orang lame' nak datang balik kacau hidop aku.
rimas tau tak?
rindu lah ape lah..
sepak kang..
tak mau kacau saye..
pergi maen jaoh-jaoh..
saye takmau kamu..
paham?
.release tension?how?.
serius sekarang saya sedang tension,sunyi,sepi,loser dll. rasa mahu pergi tumbuk-tumbuk muka orang dan kemudian bunuh mereka. serius neh. tension nak mati. ohh pesanan awal, jangan tanya kenapa saya macam ni ok?. good, tolong jadi manusia yang memahami sebentar okeh?.
cara nak release tension?macam ni :
cara nak release tension?macam ni :
- jumpa manusia paling keji yang kau pernah jumpa, maki dia, cubit-cubit manje sikit then blah.
- bunuh la manusia mana-mana yang kau rasa tak patut hidup kat muka bumi neh.
- ohh kau juga digalakkan sepak terajang mana-mana barang yang kau suka.
- dan juga boleh maki hamon tak tentu pasal.
- ape-ape hal first thing wajib nangis dulu.haha.nangis la beberape lame yang patut,agak-agak mate da sepet tak boleh bukak baru berhenti ok?
- dan kemudian mungkin kau boleh telepon la manusia mana-mana yang kau suka, ajak borak-borak tak pon ajak keluar teros okeh?g la chill kat mane-mane.
- takde member nak ajak kuor?kuor sorang-sorang.takde masalah kat situ.aku pernah je bwat.sumpah seronok.serius.tapi pastikan ko tu jenis pandai survive kang takot gelabah salah naek tren la hape lah.haha.
- keluor tu ko boleh buat bende yang kau suke,macam aku of course movie and karok!dapat layan marathon movie pon da cuko manis dah.ditambah lagi dengan 3jam karok.pehhh..mantap.
- okeh.tak dapat gak nak buat perkare kat atas?make ko ulang step yang first (nangis) dan kemudian ko bantai la tido.tido selepas penat nangis adalah perkare paling nikmat okeh.tapi bangon mate ko agak cute lah kang ye.tido 27jam agak-agak orang da bace yassin baru ko bangon pon takpe.
Saturday, July 31, 2010
.tiada lagi privasi.
bila kita sedar semuanya hampir global,
tiba-tiba rasa mahukan privasi.
sedikit ruang untuk peribadi.
bila aku sedar blog ini bukan lagi privasi.
sedikit terasa keliru.
ke mana lagi aku harus mengeluh?
bila hanya tulisan yang mampu berkata-kata?
benci rasa ini.
seakan mahu mati.
berharap mahu pergi jauh-jauh.
jauh dari segala kesedihan, kemurungan dan tekanan.
di mana hanya wujud ketenangan.
aku tak mahu kegembiraan.
aku hanya mahu ketenangan.
berikan aku peluang itu.
esok mahu pergi jauh-jauh.
:|
tiba-tiba rasa mahukan privasi.
sedikit ruang untuk peribadi.
bila aku sedar blog ini bukan lagi privasi.
sedikit terasa keliru.
ke mana lagi aku harus mengeluh?
bila hanya tulisan yang mampu berkata-kata?
benci rasa ini.
seakan mahu mati.
berharap mahu pergi jauh-jauh.
jauh dari segala kesedihan, kemurungan dan tekanan.
di mana hanya wujud ketenangan.
aku tak mahu kegembiraan.
aku hanya mahu ketenangan.
berikan aku peluang itu.
esok mahu pergi jauh-jauh.
:|
Saturday, June 05, 2010
.hati mati.
you can take him if you can love him more than i do.
just want to remind you that i love him more than you can imagine.trust me.
Subscribe to:
Posts (Atom)