Showing posts with label pesanan. Show all posts
Showing posts with label pesanan. Show all posts

Friday, September 21, 2012

.ingat, dulu awak pon pernah duduk bawah.


hahahaha
LOLOLOLOLOL
gelak sana gelak sini,
kutuk sana kutuk sini,
umpat sana umpat sini.
cehh macam diri tu dah habis berseni.

mengutuk mengata orang memang hobi,
macam dia tu persis tuhan ilahi,
hello sedar lah diri,
awak tu pon lebih kurang macam kami.

sibuk mengutuk troll orang,
konon perangai semorang macam gampang,
dah awak tu sempurna 5 tak tinggal sembahyang?

cuma ambil masa renung diri,
kenapa perlu menyibuk hal orang lain?
kenapa  buat kerja tambahan tetibe jadi hakim?
hidup ni turun naik atas bawah.
kalau awak di atas bersyukurlah,
bukan pergi dongak tinggikan hidung.

ingat, dulu awak pon pernah duduk bawah.


Monday, July 23, 2012

,teruskan jalan.


Manusia,
bila dengar sesuatu yang buruk,
mana pernah nak bertanya,
nak siasat asal usul,
mereka akan terus jatuhkan hukum.

tipikal manusia memang begitu.
gemar jatuh hukum seoalah dia tuhan.
labelkan manusia lain itu ini.

prinsip aku,
cukup aku dan mereka yang perlu tahu itu tahu,
tahu siapa aku apa cerita sebalik aku.
yang lain? persetankan saja kata mereka.
mereka takkan berhenti mengata.

manusia,
takkan pernah jemu cari salah tingkah laku.


Wednesday, February 08, 2012

.merajuk.

Assalamualaikum,

hye hey hui hoi.

okay dah lama tak menulis penulisan panjang. anggap saja aku sibuk menguruskan kerjaya. entah kenapa mahu menulis mengenai isu merajuk. alah, masalah biasa dalam rumah tangga kan. masalah yang memang dari dulu menjadi isu dua jantina. tak pernah ngam tak pernah padam.

Merajuk? sering saja dikaitkan dengan golongan perempuan. ya aku sendiri sebagai perempuan mengakuinya. nak buat macam mana, dah memang lumrahnya golongan perempuan terlalu mudah merajuk. kerap sangat ikut emosi, mana pernah nak pikir panjang. tau bila dah sentap terus merajuk. Persoalannya sekarang berapa lama merajuk tu, tahap kesukaran nak pujuk dan kegigihan seorangf boyfriend nak pujuk.

Wahai seorang girlfriend, kau jangan nak asyik merajuk jek. Sekarang ni zaman urban golongan lelaki dah makin bijak. Kalau zaman dulu yelah dia nak layankan jek, nak pujuk kita. Zaman sekarang jangan harap, dorang dah ada konsep sendiri. Konsep dorang "kalau makwe merajuk biarkan jek. penat merajuk dia datang cari kita balik". cisss. bullshit sangat. Rahsia kaum perempuan dah terkantoi di situ. Malang sekali bagi kita, sebab tiap kali merajuk kita sendiri yang akan stress. kita sendiri yang akan rindu dia. Mengada betul kaum perempuan ni. Tak paham betul aku.

Jadi sebagai kaum perempuan, jangan kerap sangat merajuk. Merajuk pada benda yang perlu sahaja. Lelaki ni tak berapa nak tajin nak pujuk, senang kata dorang akan buat tak paham jek bila kita merajuk. Tapi kesian gak lah kat dorang, kau ingat dia mesin pujuk kau ke? dorang pon reti penat jugak.

Aku sendiri sebagai perempuan yang kerap merajuk akui agak sukar nak tahan diri dari merajuk. Al-maklum lah kononnya hati tisu. Dapat pulak kekasih hati tak rajin nak pujuk, hah lima belas tahun lah tak bertegur. Cadangan aku, pujuk sahaja hati sendiri. Rindu dia kan? Jadi cari dia dan mintak maaf sahaja. memang lah kalau nak ikutkan salah dia, tapi biarkan jek. Biarkan dorang simpan ego dorang tu.

Tapi apa yang aku nak pesan kat sini, jangan merajuk lama-lama. Kalau bf/gf kau boleh merajuk lebih dari tiga hari itu bermakna ada yang tak kena dalam hubungan kamu berdua. Aku cadangkan baik tengok apa yang tak kena tu. Kalau benar sayang, kau takkan merajuk lama-lama atau kau takkan biarkan dia merajuk lama-lama. Kalau kau mampu bertenang jek tanpa rasa rindu tu aku cadangkan baik single jek lah.

Jadi kaum girlfriend sekalian,
KURANGKAN MERAJUK.

semoga berjaya. till then, take care :)


Tuesday, November 01, 2011

.November Love.





hello NOVEMBER,
welcome home,
you know i love you much rite?

i won't say "be nice" to you,
cause i know you will be awesome for me.

looking forward to be with you.





11111 / 111111


ahh 121111 is better. ;)




Tuesday, August 09, 2011

.percubaan.

dia berani buat percubaan,
percubaan untuk mengenal apa itu cinta.
percubaan untuk tahu apakahrasa bahagia.
percubaan untuk ada sisi kedua.

tapi dia tak tahu,
yang dia juga sedang dalam percubaan.
percubaan terjerumus dalam kancah derita.
percubaan untuk diretakkan dihancurkan hatinya.

tak mengapa,
tak salah mencuba.



Monday, August 01, 2011

.tawar hati.


Assalamualaikum..

Dalam dunia ni kau akan menghadap pelbagai benda, pelbagai keadaan, pelbagai perasaan dan pelbagai ragam. setiap satunya akan mewujudkan menimbulkan satu tindak balas perasaan dalam diri. namun bila dah selalu berlaku apa yang terjadi? bagi aku, ia akan menimbulkan satu perasaan TAWAR HATI.

pernah tawar hati tak? rasa dah malas nak cakap apa-apa sebab dah muak nak hadap masalah yang sama setiap hari setiap kali setiap waktu. muak kan? sangat muak. mulut dah berat nak mengeluh nak maki si polan yang buat hati kita macam kad gores dan menang. sudah malas nak menangis beriya tanda protes kepada si polan. jadi apa yang kau lakukan? keraskan hati, angkat ego letak atas kepala dan tak pedulikan si polan. anggap dia bukan siapa-siapa padahal dalam hati kau memberontak.

ianya serupa bila kau makan chicken chop atau laksa johor tapi tawar. tak ada apa rasa walaupon setitik. begitu lah rasanya bila kau tawar hati. kau dah malas nak rasa apa-apa. kau hanya biarkan perasaan itu berlalu pergi. tidak, tawar hati tak bermaksud marah, tak bermaksud benci. tidak sama sekali. kau cuma tawar hati oh mungkin bersertakan perasaan kecil hati yang amat sangat.





tanya aku apa yang perlu dilakukan jika tawar hati? serupa ketika kau sedang makan dan masih berniat mahu makan. maka jika kau dapat chicken chop yang tawar? maka tambah lah sos lada hitam. dapat laksa johor yang tak umphh? tambah lah kuah ikan. begitu juga dengan hati kita. jika kau berniat mahu teruskan, maka tambahlah perasaan suka, sayang, gembira kembali. oh mungkin perasaan rindu juga dapat membantu. dan jika kau benar-benar sudah muak sudah penat, maka berehat lah. tenangkan sebentar hati itu.


dan aku masih percaya, kebahagiaan dan kegembiraan datang dan pergi. jadi jika kau sedang merasainya, sila hargai.


:)



Friday, July 29, 2011

.pilihan.


Assalamualaikum..

hye hoi hui...

Dalam hidup ni kita sentiasa mempunyai pilihan dalam apa jua perkara apa jua keadaan. Pilihan yang akan membawa ke jalan hidup kita yang seterusnya. tak percaya? kau sentiasa mempunyai pilihan ketika lapar. kau boleh terus mengeluh kelaparan atau pergi sahaja ke dapur dan baham maggie yang ada. ya, itu memang bukan kemahuan kau tapi itu memang pilihan yang ada. Sama juga bagi gadis-gadis yang terpaksa termenung depan almari yang penuh dengan baju tapi masih lagi keliru taktahu nak pakai baju apa. kau boleh sahaja pilih mana-mana baju atau kekal keliru.

Sama juga keadaannya dengan pilihan hati. pilihan cinta. kau sentiasa ada pilihan dalam memilih siapa yang akan duduk dalam sofa empuk selesa di dalam hati kau atau siapa yang kau akan campak di luar pintu hati tak beri peluang masuk.

walaupun kau mempunyai ramai pilihan, ramai yang menawar diri menawar cinta tapi hanya kau yang ada hak mahu buat pilihan yang mana satu kau mahu. ya, kadang kala mereka yang lain akan kata pilihan kau itu tidak tepat salah sama sekali. abaikan. kau tahu apa yang hati kau mahu bukan?





dan jika dia yang kau pilih itu tak menghargai, dia yang kau beri sofa empuk itu tak menyedari. ah sudah-sudahlah bersedih. sedarkan dia, goncangkan mimpi dia, nyatakan pada dia kau ada depan mata. tak perlu mengeluh merungut dia taktahu hargai kau. kau yang memilih dia bukan? kau sayang dia bukan? dah sayang, hadap jek lah. tak perlu banyak cerita.

namun sayang, ada satu saat kau perlu sedar yang pilihan kau tak sentiasanya benar. ya, dia mengisi segala keperluan yang kau mahukan , dia lah yang kau idam-idamkan. tapi tak ada gunanya kalau dia tak menjadikan kau pilihan hati. ya, sayang memang sayang. cinta memang cinta. jadi sudah lah sayang, bangunlah dari mimpi indah kau itu. dia tak mungkin sedar kewujudan kau.



bangun dan sedar ada yang lain memilih kau.


:)

Friday, May 27, 2011

.moving on is suicide.

Assalamualaikum..

ehem hai hui huuu..

aku ada terbaca quotes kat twitter ni. maklom lah, memang suka baca quotes kan. konon untuk inspirasi padahl ntok copy paste kat facebook bila dah takde idea nak buat status gapo. baiklah, quotes tersebut berbunyi begini.

"To fall in love is very easy, Staying in love is the challenge, Letting go is the hardest part and moving on is suicide"

Moving on is suicide. sangat setuju kot. pftttt~ tapi zaman sekarang aku tengok budak-budak skang baru 2-3 minggu break off ewah kau dah dapat bf/gf baru. untonglah you. cepat sangat move on. entah sempat kau kenal maksud cinta ke tak kan.

so kat sini konon-kononnya kat sini aku nak bercakap pasal tips move on. entah boleh pakai ke tak aku pon taktau kan. sebab memang ramai sangat skang aku jumpa orang-orang yang memang susah gila nak move on, termasuk diri aku sendiri. Masalahnya, you have no idea how im trying too move on, it just so hard. so fucking hard. HAHA. so marilah kita berkongsi tips bagaimana nak mengerakkan diri.

First, pergilah berkawan. kenal dengan lagi ramai orang. bergaul dengan sekeliling. kenal lagi ramai manusia-manusia hebat kat luar sana. cukuplah setakat 2-3 bulan kau duduk diam kat rumah sebab sedih, its time to move on. kau pergila gathering blogger ke (euwwwwwwww) kat g lah #tweetup kengkawan kat twitter ke. tak kesah la, janji pergilah luaskan pergaulan. Bukan niat untuk cari pengganti baru tapi untuk buka mata kau yang masih ramai lagi orang kat luar sana yang mungkin bakal jadi jodoh kau. siapa tahu kan?





Second, tolong berhenti bandingkan lelaki-lelaki atau perempuan-perempuan yang ada potensi yang nak jadi future love kau dengan ex kau. please stop. aku rasa part ni paling penting kot. kalau kau dok bandingkan memang sampai ke sudah lah kau takkan dapat move on. ni idak, kau do sibuk "alaaa..dia tak hensem macam ex aku", "cara dia makan selekeh ah, tak macam ex aku, sopan jek aku tengok", segala bendalah kau nak bandingkan. ewah baik kau bercinta dengan diri sendiri jek kalau macam tu. tapi kalau kau bandingan untuk dapat yang better dari ex kau, itu mungkin tak mengapa rasanya. yelah, mungkin pengalaman sedikit merubah pandangan kita kan?

Third, berhentilah bercerita pasal ex kau tu dekat orang lain, dekat orang yang ada potensi nak jadi future bf/gf. berhenti mengimbau kembali kenangan sweet haramjadah apa semua tu. orang lain pon mua dah dengar cerita pasal kau dengan ex kau tu. plus, kalau kau bercerita pasal ex kau dekat orang yang potensi na jadi future bf/gf tu sedikit sebanyak dia akan fed up dan lama-kelamaan niat dia nak jadikan au bf/gf berkurangan. haaa..kan dah rugi sorang kat situ.




fourth, jangan anggap mempunyai kekasih hati atau bayang itu satu keperluan wajib kejadah. bila kau anggap macam tu, kau akan stress asyik fikir apasal lah putus, apasal putus sambil lagu putus oleh melda ahmad menjadi soundtrack hati kau berulang kali. kau akan stress bila kau tak dapat terima hakikat kau single skang. chill lah. cuba kau fikir kebaikan hidup single dan nikmatinya sementara kau alaminya ni. bila kau dah rasa kebaikan & keburukan hidup single sedikit sebanyak lepas kau dapat new relationship kau akan lebih menghargai beliau. trust me.

lima, living well is the best revenge lepas break off. pergi lah berseronok ke hape ke. buat benda yang kau tak dapat nak buat time kau ada bayang. pergi bercuti ke daki gunung ke hape ke kan. kalau time ada bf/gf dia asyik soh melepak ngan kawan-kawan dia jek, so ni lah masanya kau lepak ngan kawan-kawan kau tanpa halangan. pergi ladies party tanpa ada bf di sisi, oh indah rasanya tu. HAHA

enam, sebenarnya cara yang paling penting adalah tetapkan hati kau sendiri. yakinkan hati kau yang dia bukan jodoh kau, ada someone di luar sana yang memang dah diciptakan untuk kau. tapi biasalah, dia main nyorok-nyorok ke sesat sekejap. kau cuma perlu yakinkan hati dan tetapkan rasa. yakin dengan janji tuhan. tak perlu lah bersedih lama-lama. cukuplah 2-3 bulan jek.


enam jek cukuplah kan? otak aku pon bukan hebat sangat nak bagi banyak-banyak. bagi aku sebenarnya benda ni senang nak cakap tapi susah nak buat. sangat susah. betol lah ayat moving on is damn suicide. so kalau kau ada kawan-kawan yang tak dapat nak move on lagi, tolong dia. bukan dengan cara buruk-burukkan ex dia, tapi dengan cara bukak mata dia. suruh lihat hidup dunia luar yang lain selain dari hidup dia dengan ex dia tu. siapa tahu, kau mungkin jadi penyelamat hidup dia kan. HAHA. dan kepada yang tak dapat atau tengah move on. marilah kita sama-sama berusaha. chaiyok-chaiyok.





till then, tc. :)



Wednesday, May 11, 2011

.kawal sayang.

orang kata kalau sayang tu berpada-padalah,
takut satu hari nanti kau sendiri kecewa.
tapi bagaimana mahu mengawalnya?

kau bercakap tentang perasaan, tentang manusia.
perasaan memang tidak boleh dikawal,
dan manusia memang streotaipnya tidak pandai mengawal.

ah mana mungkin mahu dikawal,
bila kau marah, kau rindu, kau sakit,
boleh kau kawal rasa itu?
penipu tampal di dahi jika kau kata boleh.
begitu juga dengan rasa sayang, rasa cinta,
memang tidak boleh dikawal.

rasa itu tak boleh dikawal,
cuma apa yang boleh dikawal adalah luahan itu,
ekspresi kau, cara kau menunjukkannya,
hah itu memang boleh dikawal.

jadi, kawallah cara kau menunjukkan rasa sayang itu,
aku paham, kau sayang dia seluruh jiwa raga,
tapi kawal lah penampakkan perasaan itu,
jangan sampai dia buat rasa bangga buat kau macam hamba,
takut satu hari nanti kau sendiri yang kecewa.



kawal. ingat tu.



.blog baru.





aku ada bukak satu lagi blog,



sila lah jenguk ye.

ah. dah agak. confirm kau nak cakap aku tamak, bajet artis.
ape lagi ayat yang selalu korang gune nak describe aku?
yelah, facebook sampai 2, blog pon nak 2 gak?

#pergimatisana

aku bukak blog tu untuk memenuhi keperluan kursus Penulisan Kreatif.
aku buat shortsem ye.
zaman dah moden, asgmnt pon suruh buat blog je.
sumpah aku buat muka riak masa dapat tau. haha
dan lect pulak nak url yang guna nama sendiri.
dia taknak terima blog yang sedia ada (bagi sesiapa yang dah ada blog).
so terpaksa la aku buat blog baru.

blog itu agak peribadi isinya,
sebab tugasannya pun memang kena buat Jurnal Harian.
bebel lah apa perasaan hari-hari. (so whatever kan?)




ktanxbye



Tuesday, March 29, 2011

.bahagia derita.

Assalamualaikum..

hye hoi..

Macam-macam benda jadi kan sekarang? macam-macam. maksud aku dalam hidup aku sendiri takpun sekeliling. dengan tsunami jepun tu (okay, dah basi), macam-macam lagi lah kan. orang selalu cakap dunia dah nak kiamat lah tu, tapi takde siapa kan amek kesah? maksud aku tindakan yang sebenarnya.

aku percaya, setiap perkara yang jadi pada aku, pada dunia ni bersebab. ada sebab baik atau buruk dia yang tersendiri. jadi seboleh-bolehnya aku nak berhenti merungut dengan apa yang jadi dan cuba menjadi lebih matang (harapan mak aku ni). matang dari segi fikiran, dari segi menontonkan fikiran terhadap khalayak dan matang dari segi fikir baik buruk.

memang akan ada satu saat kita akan rasa kita terlalu jauh dari bahagia kan? rasa macam hidup kita tak bermakna, rasa nak terjun tingkat 14 and whatsoever. tapi mungkin kita patut sedar, Allah mungkin tarik balik rasa bahagia tu untuk sedarkan kita, yang kita ni dah semakin lupakan Dia. dah makin jauh dari Dia. jadi Dia turunkan sedikit secebis mungkin derita pada kita untuk ingatkan kita. tapi tu tak bermakna kita hanya perlu cari Dia waktu sedih, waktu rasa kosong, waktu rasa gelap. bukan. kita memang perlu Dia tiap waktu kan.

aku percaya juga tak rugi jadi orang yang sabar. sebab cepat atau lambat kau akan dapat nikmatnya. cepat atau lambat, pasti akan dapat.
"sesungguhnya diberi ganjaran orang yang sabar dengan pahala tanpa hisab" - Az-Zumar ; 10

bohonglah kalau aku kata aku terlalu penyabar, tapi lepas apa yang banyak jadi dalam setahun dua ni sekurang-kurangnya naikkan lagi level sabar aku. ada jugak status fuck-off bagai. aku masih lagi manusia. kadang-kadang aku sendiri kagum dengan sabar aku. sampai terasa diri sendiri bodoh pon ada jugak sebab sabar sangat. -.-'

jadi kawan-kawan, jangan merungut okay? sabar lah. :)


senyum sudah. :)


Monday, March 21, 2011

.untung lah you.





untung lah you,
ada orang nak muah muah tiap malam.
ada orang nak call tiap 5 minit sekali.
ada orang yang jaga amik kesah pasal you.

untung lah you,
couple dah bertahun tapi bergayut macam baru semalam declare.

untung lah you,
ada baby ada sayang.

untung lah you,
bila angkat telefon ada orang cakap I MISS YOU.

untung lah you,
ada orang nak cakap I LOVE YOU.


.kepada yang ada bf/gf, jaga dia elok-elok. kita tak tahu apa akan jadi even seminit yang akan datang. hargai bila masih ada okay.


:)

Thursday, February 10, 2011

.masalah BOSAN : edisi perempuan.


Assalamualaikum.
Hye awak! -.-'

berdasarkan daripada topik di atas, aku akan buat masalah bosan edisi perempuan pula. Siapa baca TERFAKTAB.blogspot.com? sila baca laman tersebut. serius terbaik. thanks to Cik Doyah sebab dia yang promote blog tu. so dari sana, Encik Penulis.sahaja ada buat masalah bosan edisi lelaki. so aku pon gedik-gedik nak buat edisi perempuan pulak.

Bosan?Bosan mengikut Kamus Dewan Bahasa adalah sudah tidak suka atau tidak gemar ; jemu. Perkataan yang bersinonim dengan perkataan jemu, jelak, dan boyak ini sering kali menjadi persoalan dalam satu-satu perhubungan. Bahagia happy selalu pon bosan, bergaduh selalu pon bosan, ada je yang tak kena. Mungkin manusia-manusia yang bercinta ni patut belajar makna bersyukur kan?

Aku tak nak bercakap pasal siapa yang cepat bosan. lelaki atau perempuan, gay atau lesbian *tiba-tiba. Macam yang aku selalu cakap, masalah dalam satu-satu hal tu bukan bergantung kepada jantina badan, tetapi bergantung kepada individu tu sendiri. Jantina bukan kayu pengukur yang tepat dalam nak meletakkan atau mewujudkan satu-satu persepsi. Memang dah ada pandangan-pandangan sterotaip yang kita tak boleh elak, tapi come on lah, ini 2011, fikir matang sikit. -.-'

berbalik kepada topik, BOSAN. so para gadis, para bunga-bunga sekalian, anda mesti pernah terfikir benda-benda macam ni. benda-benda ini mungkin pernah atau sering kali terjadi kepada anda.

- Hadoi. asyik bola je memanjang. borak dengan aku pon nak cerita pasal bola ke?pergi la couple dengan kaka sane! *hentak-hentak kaki

- Eleh dia neh, tak ada baju lain ke apa? pantang aku puji dia kacak pakai baju terus 2 bulan tak tukar baju dah.

- dia neh cita-cita zaman kanak-kanak polis ke apa?semua benda yang aku buat mesti dia nak tahu, mesti kena bagitau.

- asyik-asyik lepak dengan kawan dia. dengan kawan-kawan aku punya lah segan. bila masa nak berdua macam ni pon tak tau lah! tak boleh nak manja-manja.

- aku je yang kena start text morning, nite, miss you apa semua! dia setahun 15 kali je nak start dulu. tu pon time buang tebiat.


Ada tak anda-anda semua terfikir macam tu para gadis? tak ada? bagus, anda mempunyai hubungan yang stabil, boleh berhenti membaca sekarang. Ada? haha. normal, even aku pon pernah rasa macam tu. haha. Masalah bosan ini memang akan ada walaupun sikit. normal. lain la kalau kau dapat boyfriend yang freaking awesomeeeeee. untung lah you kan. ;D

Bila hubungan dah menginjak ke jangka waktu yang boleh dikatakan lama, contohnya melebihi setahun dua maka jika perkara sama boleh menjadi bosan. Kenapa? sebab perkara tersebut menjadi rutin harian kita. bangun pagi celik mata capai henpon text dia "morning hansome!have a great day okay.ily". tengah hari text lagi "B,jangan lupa makan tau biar you gemok,takde la I nampak hodoh", petang sikit text lagi "suddenly i miss you, wish you were here" lepas tu malam text lagi "Nanite bucuk. tido elok-elok, mimpi indah jangan mimpi basah.ilyfdm". okay ini belum masuk yang tiap 1 jam nak suprise call pulak, sebelum tidur bergayut sejam dua lagi. benda-benda macam ni sedikit sebanyak boleh jadi bosan kalau kita tak kreatif.


okay, cakap pasal point bosan 1st kat atas tu, pasal BOLA. well, aku rasa biasalah, tipikal lelaki semua akan minat bola. tak boleh nak elak, tak boleh kata tidak. but, same goes to us ladies, tipikal perempuan, shopping bagai ada duit 5-6juta. tak dapat shopping, window shoping pon jadi lah. paham tak konsepnya kat sini?sama je lelaki atau perempuan,dua-dua ada satu subjek yang memang akan buat jadi gila. kalau dia boleh lenguh kaki teman anda pusing shopping mall, keluarkan duit sikit belikan baju idaman anda, kenapa anda tak boleh nak luang masa dua jam teman dia lepak mamak tengok bola? bukan susah sangat, duduk dan tengok, orang jerit gol anda pon jerit lah! haha. tips, dah tau apa team feberet nak mati dia, google lah sikit. ambil tahu siapa player team tu, negara mana, lawan untuk liga mana (aku buat benda ni). jangan malas nak usaha sikit. plus, kan boleh tambah knowledge. dan, percaya lah, anda akan nampak sedikit cool di mata lelaki bila ambil tahu pasal bola ni sikit. TAK MINAT TAK BERMAKNA TAK PERLU AMBIL TAHU.

pasal baju? well, biasalah, bukan anda seorang nak nampak elok kat mata pasangan. dia pon sama juga. so bila anda dah puji dia nampak kacak hebat bergaya dengan baju tu, dia akan jadi sedikit gembira dan mulalah nak pakai baju tu jek. lelaki bukan macam kita, dorang tak ada 3-4 gobok yang penuh dengan baju pelbagai kategori. paling-paling pon dorang ada t-shirt dan kemeja. bukan macam kita, ada tshirt, dress lah, top lah hape jadah la kan. plus, lelaki shopping 5-6 bulan sekali, bukan macam kita shopping tiap hari. -.-' so collection dorang tak banyak ye.



pasal polis jadah semua tu?kau pernah dengar kan perkataan CARING?haa..itu lah dia. nak buat macam mana, cara caring dia macam tu, kau kena lah accept kan. dia sayang kau, so dia ambil berat pasal kau, so dia nak ambil tahu setiap inchi aktiviti kau. memang lah bila kau tak text dia marah, or bila kau text 'b,i nak drive pergi kelas ni' dia akan reply 'ok.tc' jek, tapi kau tak tahu dia sebenarnya risau menggelabah takut kau drive menyasor-yasorkan. alaa..lagipon apa la sangat 1sen tu kan nak text bagitau kau nak pergi mana, nak buat apa. tapi kalau sampai tahap pergi toilet, pergi dapur pon kena text, baik kau ikat je diri kau kat dia bagi dia puas hati tau kau buat apa. -.-'

lepak dengan kawan-kawan dia je?ni pon memang kerap jadi. aku pon ada pengalaman apa. :) anda bosan? come on lah, cuba fikir positif, dia sanggup bawa anda lepak dengan kawan-kawan dia, dia tak kesah kena bahan dengan kawan-kawan dia 'eleh.bawa gf je.tak bujang betul'. see, nampak tak kepentingan anda. plus, dia nak juga masukkan anda dalam life dia, bagi anda kenal siapa kawan-kawan dia, bagi kawan-kawan dia kenal siapa anda. plus, anda dah tak payah nak risau dia buat apa je time lepak kan? anda pon boleh je ajak dia lepak dengan kawan-kawan anda. tapi kena ada cara dia lah kan. :)



pasal text tu pulak?anda kenal lelaki kan?mereka memang terkenal dengan perkataan EGO. sikit atau banyak mesti ada. so mereka konon malu segan nak text 'morning baby.i michiu dem much.i wanna meet youuu!', so mereka tunggu je lah anda yang text. dah dapat text anda dia senyum satu hari. memang tak salah kita yang start mesej, penting okay mesej morning and nite. tunjok yang agi-pagi celik mata dia yang kau ingat, dan sebelum pejam mata dia yang kau fikir. tak perlu la nak touching 'eleh, dia tak pernah nak text aku dulu'. dalam hubungan ni, salah seorang kena mengalah, kena ikut rentak yang lagi sorang. terima seadanya dua-dua?bulshit semua tu. nak atau tak nak mesti kena ada satu pihak yang berkorban untuk pihak yang lagi satu. berkorban tak salah, janji kena dengan caranya. kalau kau dengan cara kau, dia nak dengan cara dia, macam mana nak bahagia?kan?


so untuk mereka yang hubungan dah lebih 2-3 tahun, tapi masih belum rasa bosan, tahniah. jangan lepaskan dia. macam bestfriend aku, dah dua tahun dia dengan boyfriend dia, tapi tetap happy angau macam sebulan bercinta, tetap tiap malam buat good night call cakap 'ily,muah muah' lagi. haha. jelous i, entah bila i nak dapatkan. *sigh

untuk yang dah rasa bosan, come on lah babe, what do you expect? happy tiap masa? ini bukan fairy tale, hidup ini ada pahitnya juga. so kau kena la kreatif nak bagi life kau dengan dia tak bosan. contohnya, kalau selalu panggil 'sayang-abang' apa kata tukor pulak 'honey-b' ke. then cakapbila berdua je, depan orang lain kau guna 'saya-awak' je. benda-benda macam tu pon kadang-kadang boleh datang keseronokkan yang tersendiri. kalau date asyik pergi mid valley je, apa kata pergi the mines ke pavilion pulak. tukor enviroment. kena buat-buat macam cara yang kena dengan kau. takkan ;ah nak putuskan hubungan yang dah bertahun semata-mata sebab bosan? dah tu bagi alasan dah tak serasi bersama. bodoh je. dah tu couple lagi, bosan ptus lagi, couple lagi, bosan putus lagi? macam tu 73 tahun pon kau tak dapat nak kahwin. kan.

so kaum sejantina ku,
kreatif sikit okay? fikir dengan logik akal, bukan dengan emosi terlampau anda tu. fahami dia sebagaimana anda mahu dia fahami anda. layan dia sebagaimana anda mahu dilayan. so selamat bercinta! bye.


Wednesday, January 19, 2011

.thank you.

Assalamualaikum..

hello, hye guys.
:)

Buka blog, baca chatbox and for somehow tiba-tiba aku rasa aku ni macam kurang appriciate readers blog sampah ini. i mean seriously, sangat kurang menghargai.

tak tau la ramai ke yang yang baca blog ni, but perasan la respon korang kan, dari dulu blog sampah ni yang memang just tong sampah, tempat aku lepas perasaan, lepas marah. agak kurang matang kan. but sekarang konon dah matang sikit jadi blog ni at least da ada isi. haha



seriously thanks guys sebab baca blog ni. thanks. even aku jarang blogwalking. blogwalking pun time free, time internet laju nak mati. aku jarang reply comment kat blog post sendiri. jarang kan. korang pon perasan, but then korang still baca blog ni. thanks eh.

sorry kalau enrty aku merapu mencarut sampah semacam. bukan hari-hari keadaan otak aku baik dapat idea nak tulis sweet things kan. sekarang seboleh-bolehnya aku nak kurangkan tulis personal matter, tak kesah la kat fb or blog. twitter ada lagi skit-skit. muahaha. sebab tak ramai kan yang kat sana. lagipon, who cares pasal personal matter kita kan? :)

untuk reader setia blog ni, thanks! do comment and critic my post. nak klik sampah banyak mana pon tak kesah. untuk yang rajen comment, thanks! sebab korang la yang buat aku tersenyum 'oh,ada yang baca blog aku eh'. untuk followers, thanks! korang memeriahkan laman bloggers ni. untuk silent reader, thanks! at least anda sanggup luangkan masa baca blog ni kan. dan untuk stalker, anda tau betapa aku menghargai kewujudan anda kan? at least there someone are care want to know every single fucking things in my life. :)

thanks again readers!
you make me feel soooooo good. :)


p/s : u r so hot!

Monday, October 11, 2010

.muka cantik bukan tiket.


"berwajah cantik bukan tiket untuk mempermainkan hati lelaki"
(fatinrazali,2010)


ye,ingat tu kawan-kawan.
aku ulang, berwajah cantik jelas ketara bukan tiket untuk mempermainkan hati lelaki ye.
tidak kira lah muka kau cantik tahap dewi.
sampai orang jalan pandang pun iri hati.
itu bukan alasan kau boleh mempermainkan hati lelaki.

muka kau cantik.
nampak lembut. berbudi bahasa.
sayangnya kau mudah rambang mata dan buta hati.
kau kikis duit si lelaki dan pasang lelaki lain.
dan sayangnya,
kecantikan dalaman kau tak sama dengan kecantikan luaran.

jadi si cantik di luar sana,
ingat lah. muka cantik hanya sementara.
dah tua semua itu binasa juga.
so please, jangan permainkan hati lelaki ye.
atau anda akan dapat padah.
cepat atau lambat je.
hati-hati.
:)

p/s : klo aku jadi lelaki tu,bukan setakat lempang aku bagi. trust me.