Showing posts with label unicorn. Show all posts
Showing posts with label unicorn. Show all posts

Thursday, May 16, 2013

.Satu hari nanti.


Satu hari nanti, aku harap engkau sedar betapa sayangnya aku pada engkau, betapa perlunya diri kamu. Kerna aku takkan mampu ucapkan patah yang sesuai. Aku tak mampu berikan perkataan yang mampu terjemahkan rasa aku tentang kamu.

Satu hari nanti, aku harap kau masih aku yang punya. Kita tua besarkan anak sama-sama. Kerna aku yakin, engkau saja yang mampu buat aku senyum, hilangkan marah hilangkan duka.

Satu hari nanti, aku harap engkau yang berada di depan sekali mengangkat keranda milik aku. Kerna aku tak yakin aku mampu hidup seperti biasa kalau hilang kamu.

Wednesday, March 06, 2013

.Versi diri.


Cinta itu memang rumit bukan? Dengan yang dulu aku lain, dengan kau aku jadi begini. Maaf jika versi aku yang ini kurang dari apa yang kau impikan.


Aku harap kau sendiri faham. tak kira betapa kerasnya suara aku, tingginya nada aku, kelangitnya ego aku, hujung hari kau sorang saja yang aku mahu.

Kau yang mampu buat aku gila dan kemudian kembali tenang.


Monday, October 15, 2012

.sinonim.



duduk termenung fikir, fikir perkataan apa yang sinonim dengan kamu. tenung tembus ke dalam. fikir, mahu cari yang sesuai. ah aku tak mahu ianya kedengaran sungguh tipikal, tapi sungguh hanya perkataan BAHAGIA dan SEMPURNA yang dapat gambarkan kamu.

Kesabaran kamu, begitu tinggi. Setinggi sayang kamu pada aku. Tak pernah kamu penat melayan tiap karenah aku, tak pernah mengeluh dengan panas baran aku amarah aku. Tak pernah berhenti menyokong aku. Tak pernah gagal pinjamkan bahu saat aku perlu. Tak pernah biar aku rasa aku ni tiada siapa. Dengan kamu segalanya begitu sempurna.

Kamu manusia, ada cacat celanya. Tapi dengan kelebihan yang ada buat aku tutup mata. Persetankan cela, yang penting aku bahagia.

Aku tak mahu letak harapan setinggi langit atas sana. Tak mahu duduk selesa di awan, takut bila guruh petir datang aku jatuh. Sakit. Lalu aku simpan sedikit perasaan berjaga-jaga dalam diri.

Jangan risau sayang, mungkin aku kasar perlakuannya, tinggi egonya, namun hati ini tetap macam perempuan biasa. Kalaulah kamu dapat lihat bagaimana aku sayang kamu, cinta kamu, rindukan kamu.

Biar apa orang kata, asalkan kita berdua tahu apa yang kita rasa. Mohon bahagia ini kekal selamanya.

Amin.


Friday, September 14, 2012

.Onggile VS Alien.




hai.
sihat?
saja nak show off gambor.
try lah, kat arcade Wangsa Walk.
RM12.
kbye.



Wednesday, August 29, 2012

.dengan kamu.


dengan kamu,
bahagia itu memang pasti.

dengan kamu,
rindu itu jadi indah,
kerna aku tau kamu juga rindu.

dengan kamu,
merajuk itu menyeksakan,
sendiri cari pasal sendiri meroyan.

dengan kamu,
jauh itu penderitaan,
kerna jauhnya kamu buat aku resah.

dengan kamu,
'Selamanya' itu bukan mustahil,
kerna kamu buat aku yakin,
yang rasa ini memang kekal selamanya.

dengan kamu,
aku jadi aku,
tetap saja mencintai kamu.


Monday, July 30, 2012

.syukur punya dia.


#senyum

Duduk berdua tenung mata dia. Dalam hati berkata, syukur punya dia. Dia yang memang aku cinta. Dia yang aku mahu habiskan masa sampai habis nyawa. Ya, orang kata kalau tengah angau memang begitu rasanya. Nampak yang baik sahaja depan mata. Tapi yang ini, aku pasti, angau yang ini masih lagi jejak kaki ke bumi berpegang pada realiti. Bukan angau yang ikut mimpi.

Jika dulu bila bicara tentang perkahwinan pantas saja aku nafikan aku cebikkan. kini dengan dia, betapa aku berharap masa cepat berlalu dan jodoh dan rezeki menyebelahi kami.

Dia mungkin nampak biasa di mata mereka. Di mata aku, di hati aku, sungguh istimewa kedudukan dia. Kesabaran dia melayani tiap panas baran, tiap cerewet, tiap emosi aku sungguh mengkagumkan. Dia buat aku rasa aku tak layak bersama dia. Dia buat aku tak mahu lepaskan dia.

#seka air mata

Ya, aku memang bukan jenis kekasih yang akan beritahu 'aku cinta kau' tiap hari tiap saat. tapi kau sendiri harus tahu apa dalam hati aku, apa mahu aku. Jangan pernah penat dengan aku, kerana aku takkan pernah penat cintai kamu. Tiap kali tenung muka kamu, buat aku yakin kau yang aku mahu. Kau yang akan jaga aku, pimpin aku, bimbing aku.

Maafkan aku, aku memang bukan kekasih yang terbaik. Emosi tak menentu, tidak selembut sebaik perempuan di luar sana, perangai tak tentu hala. Maafkan aku. Terima kasih sebab terima aku seadanya, tak pernah cuba sedetik sekali pon untuk ubah apa yang ada. Kau buat aku gembira jadi aku.

#terdiam

Mata kamu, senyum kamu, gaya kamu, pelukan kamu, segalanya tentang kamu akan selalu jadi kegemaran aku. 

Terima kasih sayang. Syukur saya ada kamu. Sayang kamu tahu.

:')






Friday, July 20, 2012

.kekal gila.








jom, mari,
kekal gila berdua sampai tua.
sebab itu yang aku suka.

:)



.rasa yang tepat.


Bahagia, itu yang aku rasa.
Itu yang aku temu bila kita berjumpa.

entah,
perasaan ini seakan tepat sekali.
seakan sungguh benar.

kau umpama gabungan beberapa lelaki,
yang akhirnya buat kau sempurna.

ya, kau ada juga kurangnya,
clumsy, tapi itu buat kau comel gila.

izinkan rasa ini kekal lama,
izinkan aku duduk dalam hati kau.
izinkan aku jadi masa depan kau.
izinkan aku rasa bahagia bila dengan kau.