Showing posts with label paten. Show all posts
Showing posts with label paten. Show all posts

Friday, September 14, 2012

.Onggile VS Alien.




hai.
sihat?
saja nak show off gambor.
try lah, kat arcade Wangsa Walk.
RM12.
kbye.



Tuesday, November 01, 2011

.cc : YOU.




manusia mana tak mahu gembira,
manusia mana tak mahu rasa bahagia,

tiap titik-titik rasa bahagia yang kau beri pada aku buat aku kaku.
beku terharu.

tiap inci-inci gembira yang kau beri pada aku buat aku keliru,
ini tanda apa, tanda suka atau tanda cinta.

ah abaikan sahaja rasa kaku keliru itu,
yang penting aku gembira, aku bahagia.

terima kasih,
kerana beri aku peluang rasa kembali apa itu bahagia.



cc : YOU :)



Tuesday, October 25, 2011

.rasa-rasa.








rasa suka tiap kali berdua,
rasa bahagia kau ada depan mata,
rasa cemburu itu,
rasa rindu bertalu-talu,
rasa sedih bila jarak berbatu,
dan pelbagai rasa lain yang tak mampu aku tipu.


semua campuran rasa itu buat aku makin pasti,
ya sudah wujud rasa sayang untuk YOU.

:)


.terima kasih.






terima kasih,
terima kasih buat saya kembali rasa bunga-bunga,
terima kasih buat saya rasa ada rama-rama terbang dalam perut,
terima kasih buat saya rasa istimewa,
terima kasih buat saya tak berhenti senyum macam orang gila.


thanks YOU
:)


Wednesday, August 17, 2011

.jangan tunggu saya.




jangan tunggu saya.
jangan tunggu saya.
jangan tunggu saya.


ah.
macam anak kecil,
makin dikata jangan makin lah mahu dibuat bukan?



Monday, August 15, 2011

.what day.




monday . tuesday . wednesday . thursday . friday

saturday . sunday


kalau dulu bukan main teruja bila dah friday (baca : jumaat)
sebab tak sabar nak berhujung minggu.

kalau dulu bukan main suka bila wednesday (baca : rabu)
sebab wayang murah.

itu dulu, dah lapuk zaman tu.
dah boleh dilupakan sebab ia bakal berlalu.
sekarang tiada lagi teruja di kala friday,
tiada lagi suka di hari wednesday.


sekarang yang penting cuma,
OFFDAY



penat weh keje.
=='



Wednesday, July 13, 2011

.campuran rasa.

#terdiam


#mengeluh panjang


kau tahu apa yang menyesakkan? bila kau taktahu nak rasa apa. rasa itu atau rasa ini. bila kau tak tahu rasa mana yang harus didahulukan. rasa mana yang penuh dengan kepentingan peribadi. terlalu kompleks ciptaan rasa ini. kadang-kadang mampu buat kita senyum seperti si gila, kadang-kadang buat kita rasa menangis pon tak mampu nak ungkapkan rasa sedih dalam jiwa. campuran rasa yang mampu buat si pemegang doktor falsafah meroyan sini sana.

#pejam mata

kadang-kadang pernah tak rasa mahu mengabaikan seluruh rasa yang datang? mahu tutup mata tak hiraukan sekeliling? apa yang kau mahu saat itu hanya duduk tenang sebentar, nikmati setiap helaan nafas yang Dia beri cuba hargai apa yang sudah lama melekat pada diri.

campuran rasa ini sebenarnya bagi aku wujud bila kita tidak mementingkan diri sendiri. ia wujud bila kita mula memikirkan sisi pandangan orang-orang yang wujud kepentingannya pada kita. memikirkan apakah yang terbaik untuk kita dan untuk mereka. memikirkan apa yang akan sama-sama buat kita dan mereka rasa bahagia.

#senyum

#mengeluh

mengeluh tidak membantu menyelesaikan masalah campuran rasa ini. mengeluh melambangkan kau tak mampu kata apa-apa. kau hanya melepaskan melalui helaan nafas yang dalam atau panjang. ya. kedengaran agak sadis namun itu hakikat. hidup ini tak seindah mana. kau takkan dapat lelaki seperti Seth Tan kerana kau tak secantik Nora Elena. kau takkan dapat rasa gembira sentiasa keranan kau bukan span seperti Spongebob. Tapi itu semua petanda kau itu manusia manusia normal. yang boleh merasai pelbagai bentuk rasa. ya, ayat tipikal. aku tau itu.



sebenarnya, aku masih mencari penyelesaian kepada campuran rasa. ada idea?


#terdiam


mungkin aku hanya perlu bertenang seketika kan?



Saturday, June 11, 2011

.Dear You.








Dear You,
I'm really trying to say so much more than just those three little words.
I'm trying to say that you mean more to me than anyone else in the world.
I'm trying to say that i adore you and cherish the time we spend together.
I'm trying to tell that you're the nicest thing that ever happend to me.

Dear You,
Being with you just makes me smile but loving you is way better.
Being with you is the only things that i wish for.
You're the sweetest guy on earth that i ever know.

Dear You,
You are, and always have been my dreams.
You are what i never knew i always wanted.

Dear You,
Thank you, for being YOU.



:)

Wednesday, May 11, 2011

.blog baru.





aku ada bukak satu lagi blog,



sila lah jenguk ye.

ah. dah agak. confirm kau nak cakap aku tamak, bajet artis.
ape lagi ayat yang selalu korang gune nak describe aku?
yelah, facebook sampai 2, blog pon nak 2 gak?

#pergimatisana

aku bukak blog tu untuk memenuhi keperluan kursus Penulisan Kreatif.
aku buat shortsem ye.
zaman dah moden, asgmnt pon suruh buat blog je.
sumpah aku buat muka riak masa dapat tau. haha
dan lect pulak nak url yang guna nama sendiri.
dia taknak terima blog yang sedia ada (bagi sesiapa yang dah ada blog).
so terpaksa la aku buat blog baru.

blog itu agak peribadi isinya,
sebab tugasannya pun memang kena buat Jurnal Harian.
bebel lah apa perasaan hari-hari. (so whatever kan?)




ktanxbye



Wednesday, March 30, 2011

.hujan.






HUJAN

untuk kali ke berapa jutanya,
saya nak bagitau yang
AWAK TETAP KESUKAAN SAYA.




kadang-kadang awak buat saya rasa jatuh cinta,
awak buat saya rasa tenang,
awak nangis sama bila saya sedih,
awak macam faham perasaan saya.

dan paling penting,
SAYA SUKA BAU AWAK.
dari kecil sampai sekarang.

saya rindu nak lari-lari bila awak datang.
rindu nak berdiri diam biar awak 'peluk' saya.




hujan,
kekal macam ni ye.
sebab kalau awak pun berubah,
saya dah taktau nak rasa apa.


:)

Saturday, March 05, 2011

.satu hari.


satu hari nanti, aku mahu..
  • aku mampu senyum semula seikhlas dulu.
  • hati aku pulih elok tak ada sakit macam dulu.
  • mempunyai mini copper warna biru yang paling comel.
  • menjadi 'seseorang' dalam industri itu.
  • kekal berkawan bersama mereka yang hebat-hebat itu.
  • mampu buat emak & ayah betul bangga dengan kejayaan aku.
  • mampu buat adik-adik jadikan aku contoh terbaik mereka.
  • buka coolblog di Pekan Nanas.
  • jadi the most coolest sweet gf/wife ever.
  • sambung master kat luar negara.
  • pandai main gitar.
  • terbang dan bercuti di Hawaii.
  • menjadi penulis blog yang setiap taipan aksaranya difikirkan direnungkan.
  • kekal kurus bergaya walaupun dah ada anak lima.
  • masih jadi diri aku.
insya-Allah.
:)

Wednesday, March 02, 2011

.be mine?.




hey you,
yeah, you.




would you,
BE MINE?


sincerly,
-fatinrazali-


.post ini ditujukan kepada Johnny Depp.
ktnxbai

:)

p/s : saya rasa tadi saya ada janji dengan orang takkan tido lewat. dem. sorry. :|


-.-'

Sunday, February 27, 2011

.kelakar.




serius,
kadang-kadang terasa kelakar.

bila orang minta pendapat macam mana mahu pikat hati si dia?
bila orang tanya cara nak kekal bersama?
bila orang luah masalah hidup segala?
bila orang buat kawan-kawan aku menganjing panggil aku ni doktor cinta.
bila tiba-tiba rasa dah boleh jadi konsultan derita.

kelakar.
sedangkan.

aku sendiri gagal pertahankan hubungan yang ada.
aku sendiri banyak masalah yang suka datang tiba-tiba.
aku sendiri manusia yang emosinya turun naik tahapnya.


tidak mengapa.
sekurang-kurangnya melalui mereka aku belajar hakikat dunia.

terima kasih,
sebab percayakan orang gagal seperti aku untuk beri satu dua kata.


:)

Sunday, February 13, 2011

.seriously.





seriously.

i want to love someone whose heart has been broken,
so that he know exactly how it feels,
and WON'T break mine.


whose heart has been broken?



Saturday, December 11, 2010

.Bakal Suami.

ciri-ciri bakal suami Fatin Razali.

  1. tinggi wajib lebih sekurang-kurangnya 8cm daripada Fatin.
  2. kacak. mak Fatin suka menantu kacak.
  3. kalau tidak merokok itu satu kelebihan untuk anda.
  4. ada asas ilmu agama. sangat penting (patot letak kat no 1 ek)
  5. berpelajaran. sekurang-kurangnya SPM.
  6. pandai bergaya. ada taste dalam berpakaian.
  7. cekap dan hebat dalam memandu kereta dan menunggang motorsikal. ada lesen ye.
  8. agak berharta. (peduli hape nak cakap aku mata duitan)
  9. wangi. Fatin suka lelaki wangi.
  10. berkerjaya dan mahu berusaha.
  11. bonus jika anda pandai bermain sebarang alat muzik.
  12. kelakar dan funny. ini sangat penting.
  13. seronok jika anda sedikit childish.
  14. penyabar sebab Fatin mengada orangnya.
  15. pandai borak-borak dengan ayah Fatin.
  16. pandai amek hati emak fatin.
  17. pandai bergaul dengan adek-adek Fatin yang gila.
  18. wajib suka McD dan coolblog. wajib!
  19. ada citarasa yang baik dalam muzik.
  20. mampu hidup dengan perempuan gila.

kalau anda rasa anda ada ciri-ciri di atas, anda boleh datang merisik. eh tambahan, anda wajib seorang lelaki. kang tibe-tibe datang perempuan mana merisik aku.


p/s : paten tengah sewel

Friday, November 12, 2010

.selamat hari lahir Fatin Razali.

12 november 1988

121110

alhamdulillah.
22 tahun sudah.
sila percaya.

emak & ayah :
mekaseh jaga along.
dari kecil sampai tak berapa nak besar ni.

adek-adek :
mekaseh jadi housemate aku.

boyfriend :
mekaseh sayang.
mekaseh for early celebration. 101110.
mekaseh untuk hadiah kamu.
mekaseh untuk dua version ucapan hari jadi.
suka yang version jiwang!rawr~ :D

(dia bagi neh.gambar contoh.aku pakai henpon basic skang.takde camera)

kawan-kawan :
Mazne, Immanina, Hartini & Shada
mekaseh untuk celebration.
mekaseh untuk kek.
jawab exam elok-elok





Suhadah Azizan :
selamat hari lahir sue.
semoga panjang umur.



kenalan FB :
thanks wish.
gila banyak sampai hang FB aku.
thanks!

paper exam :
naseb kau lah paper.
aku hentam je jawab ko kang.

thesis :
saya cintakan anda.
tap sayangnya esok kita putus k.

UKM :
bye!


Monday, November 08, 2010

.diari mini.

2010.

yup.memang belum habis pun,ada lagi sebulan setengah nak tamat tahun ni. 2010, secara peribadi, tahun ini tahun paling mencabar bagi aku. sumpah. macam-macam hal jadi. macam-macam benda berlaku. tak kesah lah dari side apa pun. family, love life, student life, friendship. serius, macam-macam. dan alhamdulillah, aku rasa dengan masalah dan pengalaman yang datang tu, aku menjadi sedikit matang, sedikit dewasa berbanding fatin razali yang dahulu. ya, memang masih lagi menangis, tapi sekurang-kurang aku sudah mampu tenang.

family matter?syukur sangat sangat aku dapat family yang sempurna di mata aku. mak yang sangat penyabar dengan karenah aku, yang tak pernah penat bagi kata-kata semangat.ayah yang buat aku makin mahu jadi yang terbaik. adik-adik yang walaupun nampak renggang tapi sebenarnya sayangkan aku. jarak yang jauh jadikan kami semakin rapat.mekaseh mak,ayah,angah,abang,uteh,una dan muaz. :)

love life?Ahmad Imraan@Azmi Sharuddin.kamu bahagian yang terbaik dalam hidup saya. terima kasih datang dalam hidup saya dan lengkapkan sisi gelap saya. siapa sangka kan, niat dulu nak main-mainkan each other tapi sekarang masih kekal. dah macam-macam kita hadap, macam-macam jadi kat kita even baru 10 bulan, tapi saya tahu saya perlu kamu. maaf saya tak boleh hidup tanpa kamu. semua perkara yang jadi antara kita buat saya lagi dewasa, buat saya lebih menghargai apa yang ada.terima kasih awak, sebab buat saya rasa bahagia.

student life?satu pesanan aku kepada budak sekolah,jika cikgu anda kata 'hidup kat U senang saja' jeritkan 'kepala hotak kau!' pada dia. nak mengenggam segulung ijazah sarjana muda sains sosial dengan kepujian (komunikasi media) ternyata satu perkara yang sukar. thesis, asgment, lecturer, semuanya buat aku rasa sakit kepala. hidup kat U tak senang, tapi ia seronok. :)

friendship. well coursemate, kita semua pun tahu apa yang jadi antara kita kan? dewasakan lah diri anda semua. kita kawan, buat apa nak berlawan. perkara yang jadi pada friendship buat aku sedar, bukan senang nak cari kawan yang betul-betul kawan. sangat susah. kita dibenci tanpa sebab, dikutuk dihina tanpa sebab. tak mengapa, doakan saja mereka cepat dewasa. :) Mazne Aznan dan Suhadah Azizan, terima kasih jadi kawan saya sejak 1st year sampai sekarang. terima kasih sebab tak pernah penat layan perangai buruk saya. Noy Mohamad, Hartini Su-ip, Nurul Shada dll pengalaman berkawan memang mendewasakan kita kan?

agak emosional kan?entah. aku rasa nak menulis macam ni. agak-agak sampah esok aku delete lah post ni.

pesanan aku.
1. keluarga adalah segalanya. tak kisah macam mana buruk pun mereka, darah yang mengalir tetap sama.
2. hargai orang yang sayang/cintakan kita. bukan senang nak cari orang yang sukakan kita, apetah lagi nak cari yang sayang/cintakan kita.
3. nikmati tiap saat dalam hidup. kita tak tahu bila kita mati.
4. berkawan biar ikhlas.
5. percaya itu sangat penting dalam sebuah hubungan.

tak perlu nak busuk hati, kejam pada orang lain. hidup ini sementara. entah esok lusa tuhan dah panggil kita. so minta maaf pada semua kalau aku ada salah apa-apa. peace.

*syahdu je rasa.

Saturday, September 18, 2010

.saya mungkin,tapi.

saya mungkin degil keras kepala,
tapi saya mudah mendengar kata.

saya mungkin cakap lepas semua,
tap saya jujur tak simpan rahsia.

saya mungkin tak cantik rupa,
tapi cinta saya lebih besar dari saiz One Utama.

saya mungkin kulit kasar buruk di mata,
tapi hati saya halus cair bila awak berkata-kata.

saya mungkin hati tisu mudah menangis tidak semena,
tapi saya penyabar untuk awak seorang sahaja.

saya mungkin budak biasa sahaja,
tapi saya mampu buat awak rasa sungguh istimewa.

saya mungkin cacat otak bak kata mereka,
tapi saya sayang awak tanpa cela.

:'|

Sunday, May 30, 2010

.ohh baby!ya its me.

perhatian kepade seluruh warga wilayah suka suki sekalian, beta nak buat pengumuman di samping sedikit show off secara tidak langsung.beta telah berjaya mendapatkan potongan rambot yang baru selepas pelbagai cabaran dan onak duri yang terpaksa beta tempuhi sepanjang proses menyatakan mahu mengunting rambot.mereka menghalang sekeras-keras kerak nasi atas alasan peribadi masing.

apa kata sebelum beta mencemar duli meng'show-off kan rambot baru, beta hidangkan anda semua dengan gambor beta ngan rambot lama yang konon-kononnya lawo padahal serabot.silakan.








okeh.sudah.beta tidak mahu dikatakan riak.mari kita saksikan rambot baru plak.taraaaa~


sebelum & selepas neh.



itu dia.tapi selepas digunting,kebayakan komen yang dinyatakan ialah muke budak sekolah beta semakin jelas.jika dulu mereka kata beta budak sekolah 17 tahun,sekarang sudah turun ke 14 tahun.hampeh.beta kuciwa.hahaha.

gile!chow!