Wednesday, July 22, 2009

Bila Anda Jatoh Cinta

Bila anda bersama si dia
 anda berpura-pura tak pedulikannya.
Tapi bila si dia tiada di sisi,
anda akan melihat sekeliling mencari kelibatnya.
Waktu itu, anda telah jatuh cinta.


Walaupun orang lain sedang membuat
anda ketawa,
anda hanya menumpukan perhatian terhadap si dia.
Waktu itu anda telah jatuh cinta.


Walaupun si dia sepatutnya menghubungi
anda memberitahu dia telah selamat tiba,
tapi telefon anda tidak berdering, dan anda
ingin sangat-sangat menerima panggilan
daripadanya, waktu itu anda telah jatuh cinta.


Jika anda lebih berminat membaca msg
ringkas daripada si dia berbanding msgl
panjang berjela daripada orang lain,
anda telah jatuh cinta.


Bila anda terpaksa memadamkan pesanan
dari mesin menjawab panggilan tetapi anda
tak sanggup memadamkan pesanan
daripada si dia, anda telah jatuh cinta.


Bila anda mendapat dua keping tiket
wayang, dan anda tak dapat mengelak untuk
memikirkan si dia, waktu itu anda telah jatuh cinta.


Anda kerap memberitahu diri anda dia
hanyalah kawan biasa tapi anda menyedari
anda tak dapat menghalang daripada
tertarik kepadanya, waktu itu anda telah jatuh cinta.


Sewaktu anda membaca rencana ini, jika
seseorang muncul di fikiran anda,
maknanya
anda telah jatuh cinta dengannya.

No comments: