Wednesday, August 12, 2009

SETEM : Filem Yang Bukan Sekadar Cerita

Last week ketike aku kluar bersame si jantong ati,macam biase la,mesti nak tengok movie.Lokasi yang dipilih ialah Pavilion.Mule-mule beliau**si jantong ati nak sangat tengok G.I Joe,tapi aku tak mau,sebab aku tak suke filem action.So aku pon ajak la tengok cte SETEM ni sebab beliau jarang tengok cte melayu.Make kteorang pon tengok la cte tu..


So ni aku bagi serbe sedikit la sinopsis pasal citer setem yang best nih..

Ceritanya berkisar tentang Gabenor Melaka (Lord Arthur Barring) pada 1847 yang mahukan sesuatu untuk diingati oleh generasi seterusnya.Beliau melantik seorang pembuat jam untuk mencipta sekeping setem. Tetapi setem tersebut ditertawakan oleh Gabenor India kerana terdapat kesilapan. Lord Arthur Barring marah lalu membuang setem tersebut, yang kemudiannya dikutip oleh cucunya.

Pada sekitar tahun 2008, Charles Barring IV mengadakan sidang akhbar di A Famosa. Beliau mempamerkan warisan keluarganya, Setem Barring. Setem Barring melalui perjalanan yang panjang dan kini kembali ke bumi Melaka, di mana ia dihasilkan.Ianya akan dipamerkan di Muzium Melaka. Sid dan Joe menghadiri sidang akhbar itu, dengan tujuan mahu mencuri setem yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.Sebenarnya, Pak Ramli yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem tersebut. Mahu tidak mahu, Sid dan Joe terpaksa melakukannya kerana budi Pak Ramli yang menjaga mereka di rumah anak yatim tersebut.

Namun, bukan hanya Sid dan Joe yang mahukan setem itu. Piranha Lim, seorang ketua kumpulan Ah Long juga berminat dengan setem itu selepas anak buahnya terdengar mengenai rancangan Sid dan Joe di kelab malam. Begitu juga dengan Manni seorang bekas banduan.Manni meminta kerjasama Vellu yang bekerja sebagai pemandu di syarikat keselamatan yang akan membawa setem tersebut ke muzium.

Masing-masing merancang untuk mendapatkan setem tersebut. Malangnya bukan semudah itu untuk mendapatkan setem tersebut. Oleh kerana begitu banyak perancangan yang dilakukan untuk setem tersebut, keadaan menjadi kacau-bilau.Setem tidak sampai ke tangan Sid & Joe, Piranha Lim mahupun Vellu. Ianya singgah di tangan Aryanto, seorang pendatang tanpa izin yang tidak mengetahui apa-apa. Aryanto membawanya ke rumah kongsi Marcello.Sid dan Burn cube mengambil semula setem tersebut tetapi gagal kerana polis tiba di rumah kongsi tersebut.Setem itu teros melayang ke tempat lain.

Malangnya sekali lagi setem tersebut singgah ke tangan orang lain pula iaitu Iskander, pemuda buta yang juga tidak mengetahui apa-apa tentang setem tersebut. Yasmin, kakak Iskander yang ternampak setem tersebut, lalu menampalnya pada surat permohonan untuk membiayai pembedahan mata Iskander.Manni yang mencari setem itu mula mengugut Iskandar dan kakaknya.

Selepas beberapa kejadian,mereka semua sedar rupa-rupanya setem tersebut hanyalah satu konspirasi jahat yang dirancang oleh Charles Barring IV.Mereka yang rasa tertipu pon wat la plan ntok tipu kenekan balik Charles ni.Then Sid dan Joe teroskan usehe carik setem,bile da jumpe,Sid bagitau perkare sebenar pade pemilik setem tu.Last sekali duet dari hasil jualan setem tu dorang share ramai-ramai.

Kesimpulannya,cite ni memang sangat best la.Khabir memang pandai masokkan unsor moral dalam citer ni.Wlaupon kite ketawe-ketawe tengok cte ni,tapi mesej yang cube nak disampaikan tu kite boleh tau.Teknik pengambaran dia pon bagos,cameraman pandai carik angle yang cantek ntok nampakkan kelainan kat filem ni.Setem ni memang lagi best la kalau nak dibandingkan dengan filem Sepi.

Aku bagi 4 dari 5 bintang ntok cite ni. :)





tgok movie bersame mereka

5 comments:

miaishika said...

hakhak~~nk tgk gak cte ni..huhu
x ajk
hukhuk
eh tp jauhnye g tgk kt pvillion..huhu
tp besh kn lyan mvie kt c2...hihi
ni trasa mau kua ngan autumn in ma heart...haha
angah@abg ak...hihi

airin nabila said...

huurrm~
mcm best
lbey kurang los n faun ea?

Fatin Razali said...

nope...
dis is better la airen..
lg best..
even nmpak mcm ngarot,tp kte leh tau ape mesej yg cube nak dsampaikan..

Anonymous said...

setem best
tol kate cik fatin
huhuhuhu
aku p tgk dgn balak aku yg bkerje sbg posmen
bangga jek die tgk aziz m osman kt tong pos
wakakakkaka
sengal2 la cte ni.....
xrugi tgk.... (entry ko ni da zmn ble br skrg aku g tgk hahahahahahha)

Fatin Razali said...

hahaha..ape la ain..
tp siyes kan..cter setem 2 mmg best pon..