Wednesday, October 27, 2010

.tips bercinta.

tiba-tiba aku jadi Dr.Love pulak. well,even pengalaman bercinta aku takde la hebat mana but still boleh pakai kot kan?so jom lah baca tips nak kekal bercinta dari paten razali. :)

  1. Berterus-terang dan elakkan cakap berbelit-belit (khususnya kepada kaum perempuan). Si dia sah-sah tak reti baca fikiran anda,jadi cakap je terus terang ye. lelaki memang tak suka perempuan cakap belit-belit sebab dorang cepat fed-up okay. tapi kalau sampai tahap kau merajok pon kau nak kene bagitau, yang itu dibenarkan bagi tembakan tepat 45 darjah ke kepalanya. melampau lah tu kan sampai merajok pon kene bagitau.
  2. Komunikasi itu penting. seriously, apa-apa pun jadi komunikasi dengan cara yang betul, masa yang sesuai. Pasangan yang kurang berkomunikasi biasanya potensi nak dilanda masalah tu tinggi okay. Kan sekarang zaman moden, tak dapat jumpa boleh call, tak dapat call boleh sms, takde henpon boleh surat ke ape ke. janji contact. at least sehari 1sms or 30scnd call okay.
  3. Kalau ada masalah dengan bf/gf elakkan mengadu kat lelaki/perempuan lain.serius! elakkan. bagi hint pon jangan. biasa lah, bila kita ada masalah dengan bf/gf mula lah orang lain tiba-tiba caring semacam. memang la konon macam nak bagi nasihat, padahal nak masuk line. Kalau tak nak hubungan anda berakhir, elakkan perkara ini.serius! (okay,memang serius)
  4. Kadang-kadang kita tak perlu dengar cakap-cakap orang ramai. Jika anda percaya bf/gf anda, cintakan dia, jadi anda lebih kenal dia siapa dia bagaimana. biarlah orang lain cakap bf/gf anda itu ini, selagi ada rasa percaya pada dia, stay lah dengan dia. :)
  5. Jika anda betul-betul mencintai pasangan anda, tak kira lah sukar macam mana pun keadaan anda berdua, jangan putus asa. yup, kadang-kadang memang penat tak larat hape lah tapi pikir untuk jangka masa panjang. ini baru couple,tak kan gaduh sikit nak putus. then dah kawen macam mana?talak ada 3 jek ye. :)
  6. buang ego anda. lelaki sah-sah ego memang tinggi, yang perempuan tu tak payah la sibok-sibok nak ego gak. kena ada toleransi kan?kalau dah 2-2 ego sape nak pakai nuovo pulak? (okay.merepek). salah seorang kene lah beralah kalau nak tahan lama.
  7. sila buang prinsip 'belum dapat sayang bagai nak rak,dah dapat buat dono jek'. biasa lelaki yang amalkan prinsip neh. bajet kau dah ada orang yang sayang/cinta kat kau, kau boleh riak bangga lah?layan la dia macam mana kau layan masa awal-awal bercinta okay. tak mustahil dia boleh tinggalkan kau bila-bila masa je.
  8. hargai pasangan anda. serius. jangan menyesal tak sudah. kita tak tahu kan ajal kita sampai bila mana, so hargai apa yang ada depan mata. jangan bila dia dah tak ada baru nak menyesal nanges-nanges. masa tu memang tak guna dah.
  9. tak salah berubah demi pasangan anda. okay, memang la kena be yourself. konon kena terima seadanya. tapi kalau 2-2 keras kepala, macam mana nak bahagia kan?someone kena gak beralah.
  10. ingat bf/gf anda belum lagi suami/isteri anda. jadi yang perempuan tak payah nak gedik-gedik mintak itu ini, nak makan itu ini kat bf kau eh. bajet macam bf kau kaya nak mati (okay,kalau memang kaya takpe). yang lelaki pulak tak payah la nak suroh itu ini, pukul sepak gf kau. anak orang tu weyh. dah kawen nanti, kalau dia buat silap, nak belasah,belasah la. (tapi still ada limit).
  11. tengah gaduh macam mana pun tapi bila depan orang sila la jaga maruah pasangan anda. jangan nak maki-maki marah dia depan orang. tak baik tau. cool je, agak-agak tak boleh cool diam je okay. nak bergadoh berperang bila tengah berdua je okay?
  12. yang ini khas untuk perempuan. tak salah kalau anda keluarkan duit time dating. madah la kan asyik bf kau je kene belanje. tak salah kau yang bayar duit tiket wayang bila dia dah belanja makan. jangan kedekut sangat cik kak. tapi ingat, untuk perempuan, jika 1st date anda yang kene keluarkan duit, sila tinggalkan lelaki itu secepat mungkin.
  13. bergaduh macam mana pun jangan lah guna ayat kesat. nak marah,marah la tapi tak payah la guna perkataan yang bukan-bukan ye. then tak payah la tukor nama panggilan tiba-tiba. dari 'saya-awak' cakap 'kau-aku'.
  14. ada masalah dengan ex gf/ex bf dia?well, just ingat perkara ini.jika dia benar-benar mencintai anda, dia takkan cari ex gf/ex bf dia. kalau dia masih contact dengan ex dia, tu maksudnya dia belum mencintai anda. dia sekadar sayangkan anda. :)
  15. tolong lekatkan dalam kepala hotak anda yang bf/gf anda pun ada kawan-kawan or life sendiri. so tak payah nak mengamok bila dia nak keluar dengan member. dia pun ada hobi or xtvt sendiri yang dia nak buat. berkepit 24 jam ngan anda kadang-kadang rimas gak.
yang terakhir :
  • jika anda sudah ada orang lain, sudah tidak mahu dia dalam hidup ada,lebih baik anda berterus terang daripada anda menipu dia. sekurang-kurangnya dia menangis seminggu jek then boleh move on daripada dia stay dengan anda tetapi dia ditipu hidup-hidup.

okay.tu je lah yang terpikir kat otak aku. :)

12 comments:

Anonymous said...

beletiaq pa laa ang nie fatin?hahaha
1 sampah utk anda..sekian..
hahaha

d said...

ada masalah dengan ex gf/ex bf dia?well, just ingat perkara ini.jika dia benar-benar mencintai anda, dia takkan cari ex gf/ex bf dia. kalau dia masih contact dengan ex dia, tu maksudnya dia belum mencintai anda. dia sekadar sayangkan anda. :)


-> suke part ni. (pelik x i bole copy? haha)

Fatin Razali said...

kemal :
xpe.mmg sampah je ni kemal

jiha :
whatttttt???mcm mane kamu copy?cisss..hahaha

clonz said...

aq suka part 15,10,2 n 7 ..hehehe
best2 ..

~ Lady ell ~ said...

yes,bkn tuk org bercinta je dik..org berkhwin pun mcm tu jugak.

ah poi said...

pendapat peribadi... heheh.
1)btol 2..hurm..act, mane u taw nih..??
adkah u nie sorg .....??
2) true! true! true!
3) stju but kite leh story kat kite pny really2 besfren, yg btol2 pny, sbaek2 nye janntina yg same..
4) true..!
5) true..!
6) hahaha.. very funny.. klu xde org pkai nouvo, camne nk pkai LC (ok, ngarot jugak) :P
7)true, tp laki lak yg kne.. b fair laa beb.. nowadays, pmpn pn same2 gak..
8) touching sket laa yg ni..
huhuhuhuuuu..
9) true..again..!
10) plus, yg pmpn x prlu laa menyerah kan mahkota anda.. pesanan skhlas dr penaja..
11) yerp.. automatically, menghormati org d skliling anda..
12) yes.. 2 yg perlu pn.. lgpon, pmpn kne phm.. laki kne kumpol duet kawen.. haha.. but 4 1st date, jika berlaku cm2, yg pmpn xyh nk terhegeh2, angkat kaki...CABOT je..!!
13, 14, & 15) sumenye btol2 belake (da ltih nk taip...huhu)
sekian wslm, SENYUM..!

Fatin Razali said...

omar :
heee~mekaseh2..

lady ell :
ohh..so kene tuko tajok ah ni?hehe

ah poi :
wow..rajen anda..hehe
1.ntahh.sndri rase. :)
2. :)
3.kdg2 org pnat nk dgo mslh kite.
4 & 5. :)
6. alaaa..pakai legend la gtu.
7-15. :) (penat nk taip) ;p

miaishika said...

very da like yg last but not least tu~~~hihi=p

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

saya kalau bab cinta is gagal..
tak pernah lulusss

lurfkhara said...

woww ~ bery de nice la yuu . i loike sumenye :)

Fatin Razali said...

ecah :
yg no 15 lah?eh?

bulan :
heh.someday u will.

lolivfina :
:) thanks.

Teeha Mohd said...

boleh ta kalau nk share post nie ?