Sunday, January 16, 2011

.oksigen.

oksigen itu O2,
oksigen itu perlu,
dan oksigen aku itu kamu.

oksigen bantu aku terus hidup,
oksigen bantu aku terus merangkak merayap,
oksigen buat aku mampu berdiri berlari,
eh sekarang kau kata kamu mahu pergi?

kamu oksigen aku kamu harus tahu,
dah banyak kali aku cakap aku perlu kamu,
kamu oksigen yang aku perlu,
kamu tiada hidup aku haru biru.

tercungap sesak nafas sakit dada sakit jiwa,
melayang jatuh bangun jatuh terduduk,
gelabah meracau meroyan sebak di dada,
kamu jangan main gila nak blah tiba-tiba.

menitik meraung terguling tergolek jatuh,
fasa sengsara buat derita jadi makin hampa,
ah sudah aku hanya berdrama,
jadi tak perlu kamu nak rasa bangga.

cukup kamu tahu,
kamu itu oksigen aku.



5 comments:

Unknown said...

nicee!! haha

.:padie_eyla:. said...

PTSL.! haha

Teeha Mohd said...

love this

sy!ka said...

nice word..:)

Fatin Razali said...

nub :
thanks. :)

padie :
haha.ye betul!10markah!

teeha :
thanks.

syika :
hee~ :D