Thursday, June 23, 2011

.manis euww euww dalam cinta.



Assalamualaikum..

hye ho huuuu..

macam biasalah kan, cerita pasal love euww euww ni ha. so kali ni aku nak sembang kosong plak pasal benda-benda sweet yang boleh dibuat atau memang suka dibuat bila bercinta. juga boleh diaplikasikan bila dah berumahtangga. macam aku, aku taknak lelaki romantik, aku nak lelaki yang sweet. so ape jek benda-benda sweet yang boleh dilakukan? mari kita bincangkan.

pertama, morning & night call or text. telefon la kalau ada kredit lebih dan text la kalau kredit tak cukup. bagi aku benda ni penting. tak bermesejan satu hari takpe, janji wish morning & night tu mesti ada. yelah, kononnya bukti celik mata jek dia yang kita ingat dan sebelum tidur dia lah yang kita fikir. lagipon, dapat morning call/text from the on and only is great things to start the day kan? senang jek hati nak mulakan hidup. bak kata sepupu aku, Ain - kalau dia tak dapat morning call ringtone tercipta untukmu pagi-pagi dia rasa tak semangat nak hidup. nak meleleh jek air mata bila takde orang kejut pagi-pagi. so sweet~

kedua, nyanyi lah sebarang lagu untuk pasangan anda. lagi best kalau korang ada lagu tema sendiri yang bila dengar jek memang tersenyum terbang-terbang ingat kat kekasih hati. boleh nyanyi depan-depan mahupon call. aku ingat lagi, waktu sekolah dulu, ada junior aku buat suara bf dia nyanyi jadi ringtone. awww~sweet. nyanyi tu record lah. simpan dalam henpon bila rindu boleh jadi bahan nak mengeluarkan air mata ye dak. tak kesah la suara kau sedap ke tak yang penting nyanyi ngan penuh rasa cinta.




ketiga, mungkin dah kedengaran janggal untuk zaman sekarang tapi sila lah menulis surat cinta kepada pasangan anda. yes! wajib. tak kesah la kau tulis buat kad lawa-lawa atau tulis kat buku sekolah jek ke. janji luahan perasaan kau kat dia. tulis "i love you" kat atas tisu then bagi kat dia jek pon dah sweet dah. kalau perempuan biasa rajin sikit kan nak buat lawa-lawa kad kaler-kaler tapi bagi lelaki kau boleh jek tulis kat test pad biasa jek ke ape. tak kesah. serius, sila lah bagi surat cinta kepada pasangan anda. gile, mau meraung menanges tersedu-sedu tau dapat surat cinta dari kekasih hati. sweet jek rasa. nak lagi double sweet kau siap pos lagi kat rumah. phew.

keempat, buat panggilan rindu, panggilan teringat. tepon dia pukul 3-4pagi semata-mata sebab rindu. tak salah sesekali kacau dia tidur. tak ke sweet kita tengah mamai angkat call tanya kenapa call dan dia jawab "rinduuuu~". haihh. takpon tau kan voice mesej tu? hah! main la menatang tu. hantor voice mesej gedik-gedik skit ke nyanyi2 sikit ke ape ke. seronok gak pe.

kelima, setiap orang ada bau masing-masing kan? dan bagi aku sangat sweet kalau bau tu special untuk kekasih hati jek. contohnya (biasanya perempuan) akan bertukar-tukar perfume kan? dan mestilah salah satu tu feberet bf korang kan? jadi pakailah perfume feberet bf anda tu bila ngan dia jek. time keluar dengan orang lain pakai perfume lain. aku amalkan perkara ini. lelaki biasanya perfume dia paling banyak pun 2 jek kan. so boleh gak kot amalkan benda ni.

keenam, bila birthday atau anniversary ke sila lah buat handmade card ye. buat sendiri. be creative. tak kesah la lawa ke tak, cantik ke tak tulisan, tunjukkan effort sikit lah kau nak meraikan hari istimewa korang or dia. sebab percaya atau tak, hadiah dari kekasih hati lah hadiah yang akan paling dinanti disayang dihargai walaupun setakat kad buatan tangan sendiri yang tertulis "selamat hari lahir sayang".

ketujuh, masih pasal kad. anda boleh cuba bagi love note. alaaaa tulis kat kertas kecik "i love you" ke hape ke yang sweet ueww euww ni. kalau boleh tiap kali date kau bagi. bagi dia simpan dalam bekas. cukup bulan cukup rindu boleh jadi bahan nak belek-belek kan. tinggalkan note tu kat tempat yang dia boleh nampak. kat dashboard kete dia ke, mana ke kan. tak kesah lah.

kelapan, mungkin kedengaran agak bangang tapi simpan lah sampah-sampah kecil yang ada kaitan dengan korang berdua. simpan tiket wayang, sampul choclate yang dia pernah bagi, tiket bas yang pernah naik sama-sama, sampul chewing gum yang dia hulur. everything. kau simpan dalam satu bekas, cukup masa kau dah boleh tunjuk kat dia tengok sama-sama.

kesembilan, snap lah silly photo berdua then cuci/print out. amek la gambar muka-muka bangang or bajet cute. bukan gambar muka normal. comel jek taw buat macam ni. cuci then boleh letak kat purse ke, framekan ke kan. cantum banyak-banyak. haihh. sweet.




okay, setakat ni tu jek aku mampu fikir. bertuah la badan kalau dapat kekasih hati yang sweet. entah la, bila dapat cinta hati yang sweet ni, bila dia buat perangai, nak marah lama-lama pun tak mampu. sebab kau akan fikir ingat balik pasal benda-benda sweet yang dia pernah buat untuk korang. mungkin ada sesetengah orang yang fikir benda-benda kat atas ni rutin atau benda-benda kecil. tapi rutin boleh jadi bosan kalau tak pandai nak manipulasi dan benda kecik boleh jadi punca gembira atau sedih. kan?

jadi selamat menjadi manis okay kawan-kawan. lemaskan dia dengan perlakuan sweet korang, bukan dengan perangai macam gampang korang. ktanxbye.

:)


3 comments:

ayeen:) said...

hahaha..cute je pagi pagi baca bende alah ni..good.good.

farhanaafri said...

so sweet.. huk ^_^"

Ana Syanaz said...

bab simpan tiket wayang tiket bus tiket tren semua tu aku wat.sampaikan resit makan berdua yg agk biasa pn aku simpan smp aku albumkan semuanya,,
ahaks gediks kan aku tp #AAK (Ada Aku Kisah)
bila rindu aku buka smua tu,,print pic bsma n tmpal dlm album sebelah tiket2 tu semua.. :)
rasa nice :D selamat mencuba!