Assalamualaikum.
Menulis? ya, itu salah satu kegemaran aku. Cara aku meluahkan perasaan, cara aku melepaskan emosi bila kata-kata aku tak mahu didengari. Serius, menulis dapat buat aku puas.
Cuma bila ditanya kenapa dah lama tak menulis di blog? Jawapan yang sangat senang bagi aku : aku fed up, aku bosan dah dengan dunia blog yang copy paste. faham tak perasaan bila kita penat-penat menulis, penat perah otak (okay sebenarnya takde lah penat sebab kebanyakkan post aku adalah spontan), tapi still, aku dah tulis engkau senang-senang nak copy paste kan. Dan masih ada beberapa entry aku yang aku simpan buat jeruk di draft, ya masih dengan alasan yang sama.
Jadi disebabkan perkara yang sedemikian maka aku pon beralih kepada cara tradisional kembali. Aku mula menulis di buku yang kengkonon orang sebut boleh jadikan zine. Aku tulis, aku luahkan perasaan, aku susun aksara bagi tampak sempurna keadaannya, dan yea, aku masih puas.
Tapi apa yang tidak seronoknya? Bila kau dapat kongsikan rasa, idea dalam kepala bersama yang lain. Ya, mungkin tak semua akan bersetuju dengan idea kau, tapi sekurang-kurangnya apa yang kau dapat adalah respon. Bagaimana orang bertindak balas dengan pendapat, buah fikiran engkau.
Jadi bila ditanya adakah aku akan berhenti menulis? Sudah pastinya jawapannya TIDAK. masakan aku mahu berhenti buat perkara yang aku suka kan?
Jangan berhenti buat perkara yang mampu buat kamu rasa bahagia.
:)
Showing posts with label lesson. Show all posts
Showing posts with label lesson. Show all posts
Wednesday, December 19, 2012
Saturday, April 02, 2011
.dunia kejam.
Assalamualaikum..
hye hoi hui..
hari makin hari macam-macam hal jadi kan? yup, mungkin aku terlalu banyak masa terbuang sekarang (sangat banyak) sampai fikir benda yang sepatutnya tak perlu difikirkan lagi. segala macam hal, segala masalah celaka derita dunia kadang-kadang buat kita terfikir "kejamnya dunia ni". kita mengeluh panjang, mengeluh tak berhenti macam masalah-masalah tu semua memaksa kita untuk mati.

dengan segala macam masalah yang datang, kita akan selalu tertanya-tanya pada diri sendiri, pada tuhan, "kenapa aku", "kenapa aku, bukan orang lain". kita mengeluh panjang lagi. aku sendiri sampai satu tahap pernah begini, tertanya-tanya kenapa aku. dan kemudian, seseorang sedarkan dan berkata "kau fikir kenapa kau, orang lain fikir kenapa mereka, setiap orang ada masalah peribadi, jadi berhenti merungut". ya, sumpah masa tu aku terdiam.
setiap perkara yang jadi mesti ada sebab kan? mesti ada hikmah. cuma bergantung pada kita la nak nampak hikmah tu atau tak. dan hakikat sebenarnya adalah, dunia tak pernah kejam. manusia yang buat dunia ni tampak kejam. perangai celaka gampang dua muka manusia yang kadang-kala buat kita rasa sangat letih, sangat penat mahu hadap tahi yang sama setiap hari.

dan kemudian aku terfikir lagi, ini hidup kita, jadi kita yang akan tentukan apa yang kita mahu rasa. jadi, abaikan segala perkara duka derita itu, ya, hati kau sakit di dalam, sakit yang teramat, tapi ada siapa kisah? tidak kan? jadi berhenti bersedih dan senyum. yup, memang susah nak senyum waktu sedih, tapi itu dah jadi benda normal sekarang. aku percaya, berapa ramai manusia di muka bumi ni yang palsukan senyum sengih mereka untuk menutup sedih dalam hati. :)

kita tak tahu bila ajal akan datang, entah esok entah sebentar lagi. we never know. jadi sudahlah, berhenti bersedih, berhenti merungut dengan kekejaman dunia. sementara bernafas, mari jadi orang yang paling gembira. itu angan-angan aku sekarang, mahu jadi orang yang gembira semula. insya-Allah. :)
setiap orang ada fasa turun naiknya dalam hidup kan? kita tak tahu bila fasa turun naik kita. dan bila tiba masanya fasa naik di mana rasa bahagia, rasa gembira tiap masa, hargai la keadaan tersebut, masa tersebut, sebab nescaya, rasa itu tak akan kekal lama. hargai apa yang anda ada masa itu supaya anda dapat pertahankannya. dan jika tiba masa fasa turun di mana anda terluka, sedih, derita, jangan putus asa, teruskan hidup walaupun susah. dari situ juga kita akan dapat membentuk kematangan kita, cara kita berfikir, cara menghadap dunia. tak salah bersedih, tak salah, cuma kena lah dengan jangka waktunya. tak usah terlalu lama. :)

jadi, mari senyum dan jadi orang paling gembira.
:)
Sunday, March 27, 2011
.ADIL.
tuhan tu MAHA ADIL.
MAHA MENGETAHUI.
jadi, tak perlu angkuh bangga dapat sakitkan hati manusia lain.
pusing-pusing kau lari kiri kanan pon,
insya-Allah,
satu hari kau akan kena balik.
masa tu aku cuma akan senyum sinis,
pandang keji pada kau.
doa yang baik-baik je lah okay?
:)
*ingatan untuk diri sendiri*
Friday, March 25, 2011
.dasar hamba.
kadang-kadang kita keliru dengan doa kita.
kita keliru dengan apa yang kita rasa, apa yang kita mahu.
sekejap kita mahukan ini, sebentar lagi kita mahukan itu.
ah itu lah manusia, tak pernah puas dengan dunia.
suka pinta apa yang mereka tiada,
dan tak mahu hargai apa yanga da depan mata.
duduk termenung tadah tangan,
pinta pada tuhan sedikit peluang.
peluang untuk rasa bahagia hilangkan derita,
sedangkan tidak sedarkah dia,
bahagia sudah lama ada depan mata?
cuma dia yang buta, tak cukup celik untuk nampak bahagia.
kita pinta itu, kita pinta ini.
kita mahu itu, kita mahu ini.
kita rasa kita perlu ada segalanya.
suka meminta apa yang orang lain ada,
sedangkan tidak sedarkah kita,
ada insan lain yang cemburu lihat hidup kita?
ada insan lain yang mahu jadi seperti kita?
ahh aku baru sedar,
kita ini manusia.
manusia yang tak pernah puas.
huh..dasar hamba,
menyalak bertekak tuntut hak.
kau fikir lah.
.

Thursday, March 17, 2011
.mesin pengukur cinta.
Assalamualaikum..
hey awak, hye kamu..
Hari ni, terjadi lagi satu peristiwa celaka cinta. kawan aku putus dengan teman lelaki dai lepas dah lebih kurang dua tahun. selama dua tahun tu kawan aku ni memang dah tak ada kawan lain, berdua dengan bf dia jek. bf dia pon nampak macam loving, sweet sangat. kitaorang pon suka tengok dorang. but then, bf dia tiba-tiba cakap nak putus sebab dah tak tahan dengan kawan aku ni. selama dua tahun dia pura-pura je sayang. WTH!
then aku terfikir, macam mana lah sebenarnya nak ukur cinta seseorang tu. lelaki yang nampak sweet, yang sanggup guna profile picture dengan gf sepanjang masa je last-last bagi alasan macam tu. Ya Allah, rasa macam kejamnya manusia zaman sekarang. memang dia takde jentik pon, cubit atau pukul pon. tapi dia dah hancurkan hati, bukan setakat hancur, lumat, berkecai siap pijak lepas pijak dia ludah. Apa salah kawan aku tu sampai kena main macam tu sekali?
kalau lah kita ada mesin pengukur cinta, kalau lah kita boleh baca hati, fikiran manusia, mesti tak ada masalah cinta dan tak ada orang yang kecewa kan? tak ada masalah keliru, masalah tak tahu nak pilih mana satu. haihh.. (mengeluh panjang).
lagi satu, please berapa kali nak pesan. jangan mainkan perasaan & hati orang lain. kalau dah kau tak suka, tak boleh nak sayang then jangan act macam kau sayang! tolong. jangan nak stay dengan dia, pura-pura semata-mata kau nak ada gf/bf. lambat atau cepat kau mesti akan dapat balasan. BALASAN. sekarang ni Allah balas cash je, CASH time tu gak kau dapat balik balasan. so pandai-pandai lah kau fikir. kalau kau rasa tak mampu nak ada komitmen, so then dah jangan mengatal nak usha anak dara orang. kalau kau dah ttau kau tak mampu nak ada hubungan perasaan, so then dah jangan nak bagi harapan kat lelaki. tolong eh.
kadang-kadang muak dengor segala macam cerita cinta celaka ni. muak. but then, tetap ni dunia kan? manusia tak pernah puas. berlumba-lumba nak tunjuk siapa lagi cool, lagi hebat, lagi mampu jadi jaguh. pergi mati semua tu.
sampai satu tahap, pernah rasa takut untuk bercinta. takut kan? tapi fikir balik. aku takkan serik untuk bercinta. kita tak boleh nak buat keputusan berdasarkan satu-dua keadaan je. plus, kalau kita tak cuba, mana kita nak tau kan? dia mungkin boleh jadi lelaki paling gampang pernah kau ada atau boleh jadi lelaki yang paling kau puja kau sayang yang inginkan kau setiap masa.
so then kawan-kawan, TOLONG JANGAN MAINKAN PERASAAN ORANG okay?
bye. tc.

Wednesday, March 02, 2011
.you deserve better.wth.
.you deserve better.
.you deserve someone better.
.WTH.
No one can actually say that you deserve someone better because that best person that you deserve is always the person of your choice.
Sumpah aku benci atau agak meluat bila orang cakap 'come on la babe, move on, you deserve someone better'. serius. tak main-main. bukan aku ni perempuan yang tak boleh terima hakikat kenyataan dunia ini memang menyakitkan. aku dah lama sedar hakikat tu. tapi entah kenapa, sisi diri aku tak benarkan tak bersetuju bila orang sewenang-wenangnya boleh berkata 'you deserve someone better'. waima dia keluarga, kawan baik kita atau kawan tak baik kita.
yes, aku tahu, dorang cakap dengan niat yang baik, nak tengok orang tu senyum, taknak sedih-sedih lagi. tapi nak buat macam mana, dah itu pilihan dia. tak semua orang beruntung dapat bf/gf yang sempurna di mata kau dan di mata dunia. cukup tahu pasangannya itu sempurna di mata dia, then anda patut senyum je. :)
Macam mana anda tahu apa yang terbaik untuk dia? takkan ada siapa tahu. ya, mungkin benar, pilihan hatinya itu agak gampang-macam celaka-rasa nak sepak bagi mati but who cares? selagi mamat/minah tu lah yang mampu buat dia bahagia, mampu buat dia senyum, jadi anda patut bersetuju.
mungkin anda pening pikir kenapa la dia bersusah payah terus dengan mamat/minah yang sah-sah selalu koyak-rabakkan hati dia. hanya dia je tahu apa rasa bila dengan pasangan dia tu. plus bagi aku, kadang-kadang ada perkara dalam dunia ini yang tak perlukan alasan. kita ikut kata hati kita, dan terus ikut. memang betul, kadang-kadang ikut hati ni mati. tapi apa salah, jika jalan mati tu yang mampu buat kita rasa puas, rasa berharga, then buat je lah.
lagi satu, hal ni sebenarnya bergantung pada citarasa seseorang. dah dia memang minat type yang macam tu, nak wak gano, hadap je lah kan. dah itu yang mampu buat dia happy. plus, dia yang hadap pasangan dia tu siang malam pagi petang. so mungkin dia nampak something yang orang lain tak nampak. dia paham dia yang orang lain tak paham dia.
jadi kawan-kawan, apa kata kita tukor pengolahan kata-kata, elakkan cakap 'you deserve someone better' dengan ayat yang mungkin realistik tetapi lebih manis didengar. *dem. aku tak dapat nak pikir nak ganti dengan ayat apa. tak kesah lah. pandai-pandai kau lah.

.ni boipren aku.
ada sesiapa nak kata aku deserve someone better?
bye. -.-'
:)
p/s : dem. siaran aku dicepatkan. racist! -.-'
Saturday, February 26, 2011
.kenapa buang masa?.
assalamualaikum..
hye awak..
kita cuma ada 24 jam je satu hari, cuma ada 7 hari je seminggu, sedar tak sebenarnya masa tu sangat sekejap? memang, manusia tak pernah puas. berharap ada masa tambahan hanya kerana kau lupa nak siapkan assigment, mintak masa tambahan hanya kerana kau tak dapat lagi nak buat keputusan nak pakai baju apa keluar dating. -.-' kau terasa ada bendalah yang kejor kau dari belakang dan bendalah itu adalah MASA.
kau buat aktiviti rutin, kau bangun tidur, tup tap tup tap pergi tidur balik dan bangun tidur balik. sedar tak yang kita sebenarnya tak banyak sangat masa? tapi aku hairan, aku pelik, sumpah pelik, kenapa orang suka sangat buang masa bercakap tentang orang lain, buang masa mengutuk mengata orang lain, buang masa benci menyampah pada orang lain. eh banyak sangat ke masa kau? bak datang kat aku sikit.
orang sekarang banyak sangat masa nak buat semua benda tu. banyak sangat masa yang boleh diluangkan untuk memberi sepenuh perhatian kepada kehidupan orang lain. banyak sangat masa senggang yang kau ada, cukup untuk dinikmati dengan mengata membenci mengondem orang lain. dan bertambah peliknya, orang yang dikutuk dikata tu tak ada buat salah apa pon. yang kau tau cuma nama dia, kau add facebook dia, kau stalk lepas tu kutuk-kutuk. come on lah. kau pernah ke try cakap 'hye!' kat dia? or at least pernah nak cuba senyum kat dia? tak pernah kan? kau setakat lalu sebelah dia pandang atas bawah dah tu kau mengutuk dia sebeban. cantik sungguh perangai.
kenapa buang masa nak benci orang? buang masa nak cari salah silap orang. kenapa? kau pernah tak terfikir nak spend masa free kau tu dengan fikir dan cukup sempurna ke kau? dah cukup elok ke budi bahasa perangai akal kau? dah? bagus. kalau belum, so wth are you thinking lah? go fix yourself lah.
cuba tanya diri sendiri kejap, kenapa kau tak suka dia? sebab dia ramai kawan? sebab dia glamour? sebab dia ada kipas susah mati? sebab dia keluarga yang happy? sebab dia ada henpon xpria yang cool nak mati? -.-' sebab apa? okay, cuba fikir lagi, kau benci dia sebab dia gedik, tanya diri kau sekejap , kalau dia gedik pon tiba-tiba muka kau sopak sebelah ke? benci dia sebab dia badan bau busuk? kalau badan dia bau busuk pun tiba-tiba kucing kau mati ke? tak kan. tak kan lah kot.
kau benci orang, kau tak suka orang, kau mengata orang. pernah tak satu saat kau fikir sekejap, apa perasaan kau bila mahluk yang kau tak kenal langsung, yang memang kau tak tau dari celah bumi mana dia datang tiba-tiba benci kau canang-canang cerita pasal kau. pernah tak kau fikir perasaan tu? pernah? ye, memang lah amalkan konsep 'peduli hape orang nak cakap, kawan-kawan aku tau siapa aku' tapi kau pernah dengar tak perkataan REPUTASI? reputasi kau akan tercalar dengan adanya cerita dari orang luar yang tak kenal langsung siapa kau sebenarnya.
jadi kawan-kawan, apa kata kita gunakan masa kita yang terlebih-lebih tu dengan belajar menghormati orang. tak kisah la dia kurus ke, gemuk ke, cantik ke, hodoh ke, kaya ke miskin ke, tak kisah la macam mana bentuk muka rupa dia, kau kena sentiasa ingat yang dia pun ada perasaan. lagipun tak rugi hormat orang, plus dengan cara tu orang akan hormat kau. jangan risau lah, tak luak tak kredit kau kalau hormat orang. tak habis duit kau kalau kurangkan sedikit ego kau.
lagipun, perasan tak bila ada perasaan tak suka/benci, hidup kita rasa macam tak tenang, tak senang duduk dibuatnya. so tak payah la kau bersusah payah nak susahkan hidup kau. kalau tak boleh nak suka atau sayang kat orang tu, sekurang-kurangnya hormat lah dia. tak susah pon kan?
jadi kawan-kawan,
mari hormat orang.
peace.
:)
Tuesday, January 11, 2011
.dump.
hye guys! :)
well. w'pon tajuk post macam perli diri aku, but hey siapa kisah kan? im okay sekarang, not so okay but okay lah. :)
end of 2010 ramai couple-couple agung, couple yang sweet, yang kita tengok sepadan je mereka break off. serius ramai. masing-masing ada alasan sendiri kan. and as for us (me & encik lebah of course) reason tu biarlah kami sendiri simpan. and im okay with that reason. :)
okay, enough with us, no more us lagipun kan? :)
bila bercakap pasal break off ni, korang mesti kerap dengar alasan yang tipikal, yang rasa macam nak tikam-tikam je beliau sebab bagi alasan macam tu kan. antaranya ialah :
okay. itu alasan. as orang yang ditinggalkan ni, aku sedikit jelik mendengar perkataan atau nasihat-nasihat tersebut w'pon aku tau dorang ikhlas dan ambil berat tentang aku. antaranya ialah :
sudah, berhenti emo fatin. so kepada mereka yang ditinggalkan, mari teruskan hidup. kepada mereka yang meninggalkan, harap tiada perasaan menyesal di hati anda dan kepada mereka yang masih bersama, semoga bahagia.

- tak ada jodoh.
- dia terlalu baik untuk saya.
- kami tak serasi.
- orang ketiga.
- Tak ada jodoh - well, yang ini memang tak boleh cakap apa kan. nak komen lebih-lebih pon tak boleh. kita dah usaha, tapi kalauu bukan kehendak Allah s.w.t yang dia tu jodoh kita, memang tak boleh nak buat apa la kan.
- dia terlalu baik untuk saya. - okay. alasan ni lah yang paling bullshit sekali. cuba cakap dengan aku manusia bodoh mana yang tak mahu pasangannya itu baik dan sempurna budinya. meh cakap ngan aku, kalau ada memang mintak dijotos kepalanya! orang sekarang punya la susah nak carik pasangan yang baik, dia boleh selamba putuskan dan bagi alasan macam tu. buset je.
- kami tak serasi - serasi tak serasi itu boleh dipupuk kan. biasa lah, benda-benda macam ni memang ambil masa sikit, kena sabar lah. sebulan kenal memang okay, dah 5-6 bulan baru lah nampak perangai then perlahan-lahan kau akan okay dengan sikap dia. trust me. kalau nak cari yang serasi terus memang 15tahun la baru kau dapat jodoh kau kan.
- orang ketiga - yang ini alasan yang memang tak boleh dimaafkan. kalau dia ada orang ketiga, tinggalkan dia. dan nasihat kepada anda yang tiba-tiba ada orang ketiga. cth : Anda ialah si A yang bercinta dengan si B, tibe-tibe anda jatuh hati pada si C dan si C mahukan anda. nasihat saya, tinggalkan si B dan pergi ke si C. sebab kalau anda betul cintakan si B, anda takkan jatuh hati pada si C.
okay. itu alasan. as orang yang ditinggalkan ni, aku sedikit jelik mendengar perkataan atau nasihat-nasihat tersebut w'pon aku tau dorang ikhlas dan ambil berat tentang aku. antaranya ialah :
- kalau ada jodoh tak kemana.
- you deserve better.
- family dan kawan-kawan kan ada.
- kamu kan kuat.
- masih ramai lagi org yang sayang dan mahukan kamu.
sudah, berhenti emo fatin. so kepada mereka yang ditinggalkan, mari teruskan hidup. kepada mereka yang meninggalkan, harap tiada perasaan menyesal di hati anda dan kepada mereka yang masih bersama, semoga bahagia.
:)
Friday, January 07, 2011
.perangai orang sekarang 3.
okay. part 3 sudah. kalau nak kembalikan ingatan anda untuk part yang sebelum ni, pergi la baca part 1 dan part 2 dulu.
dah. insya-Allah ada part 4 kalau perangai manusia semakin menjengkelkan.
- duduk berkumpul ramai-ramai mengutuk orang baru dalam tempat mereka.
- tak boleh tengok orang lebih sikit dari dia, terus dijadikan musuh.
- bangga mempamerkan barangan, pakaian yang dipakai, padahal takda lah mahal mana pun.
- baru kenal 2-3 hari dah panggil 'sayang,honey,baby' jadah semua tu.
- okay,tambah 3-4 hari lagi dah cakap 'i love you' pulak.
- berebut-rebut nak pakai blackberry,iphone bagai padahal tguna setakat buat mesej, call and camwhore.
- suka ambil tahu hal orang lain tapi hal keluarga sendiri tak jaga.
- semakin berani buat M'sia macam Paris, selamba comolot depan public.
- suka bercakap pakai lutut, tak fikir guna otak, tak fikir perasaan orang lain.
- menganggap orang gemok, kurang pandai, tak kacak/cantik itu adalah orang yang tiada perasaan.
- marah bila kesucian agamanya dipermainkan dengan berkata 'babi,shit berani kau kutuk nama tuhan aku!bodoh sial'.
- menjadikan laman sosial sebagai tempat meluahkan perasaan.
- masih menganggap 'scandal' itu perlu dan curang itu indah walaupun umur dah tua dah.
- terlalu obses dengan sindrom 'kurus itu cantik/kacak'.
- lelaki sekarang dah selamba jadi 'pisau cukur' yang berjaya mengalahkan perempuan.
- waktu clash menangis bagai nak rak, konon hidup dah berakhir tapi seminggu lepas tu dah dapat bf/gf baru.
- menulis di blog untuk menjadi popular dan kumpul follower.
- percaya dengan apa yang dilihat dan terus membuatt kesimpulan sendiri.
- menganggap yang kacak/cantik itu adalah yang paling sempurna.
dah. insya-Allah ada part 4 kalau perangai manusia semakin menjengkelkan.
Saturday, December 04, 2010
.dugaan.
mari kita berbicara agak matang sikit.
well,hidup ni penuh dengan dugaan kan?
yang datang golek-golek,
ada yang datang jatuh gededuk atas kepala,
ada yang datang diam-diam tapi sakit dia pehh..
semua tu dugaan dari Allah kan?
Dia tak kan bagi kita cubaan yang melebihi dari batas kemampuan kita.
depends pada kita la kan macam mana nak handle dugaan yang datang.
dengan cara nanges je ke, dengan cara sabar je ke,
or dengan cara usaha sesungguhnya.
dugaan ni secara tak langsung mematangkan hidup kita.
membantu kita mengenali potensi diri.
so kawan-kawan,
dugaan yang berat macam mana pon datang dalam hidup kamu,
sabar dan yakin, usaha kuatkan diri,
insya-Allah besar nikmatnya nanti.
sesungguhnya orang-orang yang sabar ni besar nikmatnya di sisi Allah s.w.t.
senyum dan insya-Allah kamu akan okay.
macam saya. :)

Monday, October 18, 2010
.positif negatif.
"manusia selalu berfikiran positif untuk sedapkan hati sendiri. takut berfikiran negatif kerana takut berhadapan realiti" (fatinrazali,2010)
kita sering diomokkan dengan ayat 'cuba pikir positif' bila membuat satu-satu perkara atau dalam satu-satu hal. sumpah aku muak dengar.
apa salahnya berfikiran negatif? kau kata "kalau fikir negatif sampai bila nak maju?". ahh alasan. sedangkan kau takut berhadapan dengan realiti, sedangkan kau takut dengan keputusan yang belum tentu menjadi. kau sangat takut dengan kata-kata dunia yang gemar menghukum mengejek bila kita jatuh terduduk sementara.
memang benar berfikiran positif membuatkan hati kita tenang dan kononnya mampu membuatkan kita mencapai tahap yang lebih tinggi dari tanggapan semua orang. berfikiran positif mampu membuatkan kita rasa dunia ini tiada derita. ahh bullshit itu semua.
tidak ada salahnya berfikiran negatif. seperti tidak ada salahnya kita bersedih. kita sudah tahu, kita hidup di dunia yang nyata di mana derita ada di mana-mana. berfikiran negatif bagi aku mampu membuatkan kitta berpijak di alam nyata. kita tidak akak terlalu meletakkan harapan yang tinggi dalam satu-satu perkara, jadi apabila kita jatuh, rasa sakit tiu hanya sementara tetapi jika kita berjaya kita akan rasa bahagia puas tersenyum bangga.
berfikiran negatif bagi aku menyedarkan kita perkara-perkara mustahil atau halangan yang mampu perlahan-lahan menolak kita jauh. tetapi jika kena dengan caranya, halangan itu lah yang akan jadi pemangkin kepada kejayaan kita. ahh maaf, mungkin cara aku tak sama dengan kamu semua.
jadi, jangan takut berfikiran negatif.
tiada siapa berhak menghalang cara anda berfikir.

Monday, October 11, 2010
.muka cantik bukan tiket.
"berwajah cantik bukan tiket untuk mempermainkan hati lelaki"
(fatinrazali,2010)
ye,ingat tu kawan-kawan.
aku ulang, berwajah cantik jelas ketara bukan tiket untuk mempermainkan hati lelaki ye.
tidak kira lah muka kau cantik tahap dewi.
sampai orang jalan pandang pun iri hati.
itu bukan alasan kau boleh mempermainkan hati lelaki.
muka kau cantik.
nampak lembut. berbudi bahasa.
sayangnya kau mudah rambang mata dan buta hati.
kau kikis duit si lelaki dan pasang lelaki lain.
dan sayangnya,
kecantikan dalaman kau tak sama dengan kecantikan luaran.
jadi si cantik di luar sana,
ingat lah. muka cantik hanya sementara.
dah tua semua itu binasa juga.
so please, jangan permainkan hati lelaki ye.
atau anda akan dapat padah.
cepat atau lambat je.
hati-hati.
:)
p/s : klo aku jadi lelaki tu,bukan setakat lempang aku bagi. trust me.
Friday, October 08, 2010
.balak tak hensem awek cantik.
|| balak tak ensem awek cantik ||
" awat hang bodo sgt?mmg la hang tak ensem tp awek hang tu da melengkapi pon kekurangan hang tuh..sbb tu dia cantik..dok merendah diri pasai apa?? "
(Karpenko Latte,2010)
merujuk kepada ayat di atas jelas lah korang paham ape aku cuba nak sampaikan kan?
well, tahniah arm. memang best ayat dia.
kita pon selalu nampak kan keadaan neh?
balak hensem, awek macam tak semenggah.
awek cun macam artis, balak kuor macam nak g pasar malam.
kalau jumpa yang sama cantik, sama padan itu memang bonus lah bagi mereka kan?
tapi tu lah, kuasa Tuhan.
dia lengkapkan sisi kita yang lagi satu dengan datangkan kita pasangan yang berlainan ciri dan karektor daripada kita.
atas tujuan apa?
atas tujuan melengkapi lubang kekurangan diri kita.
atas tujuan kita dapat memahami sisi orang lain selain kita.
jadi,tak perlu la nak merendah diri sangat.
pasangan anda dah terima anda, jaga lah dia elok-elok.
agak-agak rasa diri tu kurang, tambah apa yang patut.
bukan asyik nak merungut cakap kau tu tak cukup elok.
jadi,
hargai pasangan anda.
kalau dah dapat bf hensem/awek cantik tu jaga lah elok-elok.
bukan senang nak dapat orang yang hensem/cantik terima kita yang kurang neh kan?
Yang Benar,
-fatinrazali-
Thursday, September 30, 2010
.life lesson.
life lesson untuk hari ini :
TAK PERLU beriya-iya dalam sesuatu perkara, sebab satu hari takut kamu akan kecewa.
mungkin kita tak perlu beriya-beriya,
bersungguh-sungguh dalam satu perkara.
meletakkan seluruh keyakinan dan kepercayaan kepada perkara itu.
sebab kita mungkin kita akan kecewa bila rasa bahagia itu sudah tiada.
tapi itu tak bermakna kita perlu berhenti berharap.
sabar dan tunggu selagi mampu okay?
mungkin rasa bahagia itu akan kembali jadi milik kamu.
p/s :
1. dah sedikit okay tak meroyan lagi.
2. tolong jangan biar saya rasa kosong.

.keliru.
kadang-kadang kita keliru dengan doa kita kan?
keliru dengan apa yang kita mahu.
keliru dengan apa yang kita inginkan dalam hidup.
tidak mengapa,
teruskan berdoa, berusaha, sabar dan tawakal,
yang pasti Allah tahu apa yang terbaik untuk hidup kita.
jangan pernah hilang keyakinan.

Friday, August 13, 2010
.kelebihan&kekurangan.
hidup ni, kita tak pernah berpuas hati dengan apa yang kita ada. sentiasa menganggap kehidupan orang lain sempurna. menganggap kehidupan orang lain lebih bahagia. kita mahu itu, kita mahu ini. kita minta itu, kita minta ini. tak pernah penat berkata 'kalau lah aku macam dia..'. tak pernah jenuh berkata 'kalau lah aku ada apa dia ada..'. manusia. mahluk yang tak pernah puas.
tapi sedarkah anda. disebalik keluhan, ratapan pilu kononnya anda itu bahawa ada orang lain yang juga berharap mempunyai kehidupan sempurna seperti anda. berharap dia juga ada apa yang anda ada. berharap dia mampu jadi seperti anda. yang berkata 'kalau lah aku ada apa dia ada ', berkata 'kalau lah aku macam dia..'.
jadi tak perlu mengeluh, tak perlu meratap kerana Allah sudah mencipta hamba-Nya sebaik-baik ciptaan-Nya. setiap inci dari kita didatangkan dengan kelebihan & kekurangan yang tersendiri. pada anda ia mungkin kekurangan, tapi pada yang lain ia satu kelebihan. tidak kiralah daripada segi apa sekalipun. rupa anda, personaliti anda, kemahiran anda, otak anda atau mungkin pasangan anda.
jadi, percayalah. sekurang-kurang ada 5 orang yang sedang cemburu dengan kehidupan anda sekarang. :)
p/s : jeles kat im sbb dy pndai maen gitar. :(

Sunday, July 18, 2010
.perangai orang sekarang 2.
before neh aku pernah tulis entry yang sama tajuk.iaitu perangai orang sekarang.skang aku sambung part 2 pulak eh.baca je k.sorry awal-awal kalau sesiape yang tak setuju.
doakan aku dapat buat part 3 plak.sumpah penat pikir neh.
:)
- gemar mengutuk mengata.tapi bila dia dikata dikutuk, dia memaki hamun menyumpah seranah.
- memainkan perasaan orang lain tanpa rasa bersalah.bila ditanya dijawab tiada niat buat begitu.
- lebih gemar menghabeskan masa dengan mengutuk mengata orang lain.
- mengutuk mengata orang yang lalu di hadapannya walaupun dia tak kenal siapa itu.
- depan baik senyum ketawa,belakang mengata mengutuk tak ingat dunia.
- membenci orang lain walaupun diri sendiri tak pasti apa dosa orang yang dibenci itu.
- masih teringat dan caring pada ex gf/bf sehingga lupa ex itu sudah ada yang punya.
- duduk berjiran rumah/bilik berdekatan tapi tak bertegur sapa.
- sering membuat kesimpulan dari pandangan pertama tanpa kaji dulu asal usul sulur galur cerita.
- sering mempertikaikan kebolehan orang lain sedangkan orang itu tahu kemampuan diri sendiri.
- mengganggap kesempurnaan diri sebagai tiket untuk merendahkan orang lain.
- mengganggap rupa paras sebagai tiket untuk berjaya dalam apa jua perkara.
- lebih percaya cerita atau khabar angin daripada kebenaran yang menyakitkan.
- gemar mengejar personaliti dan selebriti media serta menganggap mereka idola walaupun mereka hanya baru berlakon satu drama.
- mengimpikan kehidupan yang sempurna.rumah besar,kereta mewah,duit tak habis dipakai tapi malas nak keje or belajar.
- mengganggap kejayaan bangsa lain sebagai satu punca mengapa bangsa dia tidak berjaya.
- lebih gemar menyerang orang yang dia benci sebagai 'anoymous'.tidak mengunakan identiti sendiri.pengecut!
- mengganggap jika orang lain tidak bersetuju dengan pendapat atau pendiriannya maka orang itu bodoh.
- mengingati orang yang sudah pergi meninggal dunia dengan parti tanpa henti bukan dengan bacaan yassin.
- mengganggap orang itu skema jika dia menggunakan kata ganti diri 'saya-awak' sesama jantina.bukan kah itu berbudi bahasa namanya?
- mengganggap seposen itu sangat tidak berharga.boleh dicampak dibuang sahaja.
- mengganggap nick name yang berunsor kebaratan itu sesuatu yang cool dan menarik.
doakan aku dapat buat part 3 plak.sumpah penat pikir neh.
:)
Thursday, June 17, 2010
.perangai orang sekarang.
aku tulis ikot pengalaman, pemerhatian, dan mungkin laen-laen hal yang mempengaruhi. perkara neh mungkin betul mungkin salah pada korang.ntah ape aku merepek neh.bace jek lah.hadoi.
aku tak cakap aku neh baek sangat eh.aku memang tak baek pon.ade jek bende-bende kat atas neh yang aku buat.huk.okeh.tata.
- menyound org yang takde adab dengan berkate 'babik jek,mane adab kau sial?'.
- gemar meminta kesempurnaan org laen tanpe menyempurnakan diri sendiri.
- menganggap masjid,tudung,mengaji perkara yang boleh dijadikan bahan gurauan.
- bile org bagi salam penoh 'assalamualaikum w.bt' dijawab dengan 'pehhh~da nak mati ke pe ko?'.
- menganggap sudah mengenali seorang individu itu keseluruhan hanye dengan mengucapkan sepatah 'hye!'.
- perkataan 'bodoh.babi.sial.celake.bangsat.bingai.bangang.bongok dll' sebagai satu perkataan wajib yang harus diselitkan dalam setiap perbualan tak kire ape topik.
- menganggap lovebite satu bende yang perlu dipamerkan dan haros dibanggekan.
- klo tak puas hati ngan someone tu lagi senang cakap ngan orang laen, cerite kat orang laen dari cakap teros jek kat someone tu.ngate blakang!
- depan baek ngan kite, gelak-gelak,konon share rahsie ape semue tapi belakang ngutok kite!da tau tak suke tak payah la nak baek-baek.
- menjadikan sekolah, kolej & universiti sebagai tempat mencarik jodoh. ;p
- menganggap facebook sebagai satu keperluan hidup. ;p
- terlalu terpengaruh ngan tv or filem yang ditonton.ikot style dalam filem yang ditonton.cth 'doe' dr filem bohsia & 'der' dr filem adnan sempit. ;p
- gune bahase yang dicakapkan seharian.bahase slanga la senang cter.taip pon tak gune da bahase baku.senang citer mcm pe yang aku ngah wat neh la. ;p
- tukor couple macam tukor baju.anytime leh dapat leh pilih yang baru.semalam clash,arini ko nanges-nanges meraung konon idop da takde makne,esok kau dapat balak/awek baru.
- suke menilai orang laen walaupon belom pernah mengenali orang itu.
- kutok mengate orang bagai nak rak konon macam orang tu iblis yang patot dihindari padahal ari-ari ko stalk fb & blog dia.[macam yg kau ngah buat neh stalker!]
- sangat benci pade ex bf/gf dia, padahal ex uh tak salah ape pon. he/she just her/his ex. and you r her/his ur presnt & maybe future.kecah!
- bergambar ngan motor besor, kete mewah, gune name berbin/bintikan dato' semate-mate nak dapatkan publisiti.bajet org sekarang heran ah ko anak dato' ke tan sri ke?
- maseh berperangai tipikal dan berpandangan sterotaip.kesian.
- bile da pandai,pandai sangat.tapi bile da bodoh,bodoh sangat.
- semakin hebat dalam bertalamkan dua muke semata-mata mahu disukai semua pihak.
- yakin bila dia sudah memegang ijazah sarjana muda dia sudah mempunyai tiket untuk merendah-rendahkan orang laen.
aku tak cakap aku neh baek sangat eh.aku memang tak baek pon.ade jek bende-bende kat atas neh yang aku buat.huk.okeh.tata.
Wednesday, May 12, 2010
.salahkah bersedih?.
well.hye!
tadi time kelas my lect ade cakap about fb and blog stuff neh.
dia cakap do wrote positif things jek.
tak payah tulis ko sedih ke bosan ke malas ke.
sebab org semue tak nak tau.
but then aku terpikir.
salah ke kite bersedih?
maksod aku tulis bende yg berunsorkan negatif neh.
contoh macam sedih sebab result down ke.
sedih sebab homesick ke.
bosan ngan rutine life ke.
salah ke ek?
sebab bagi aku kadang-kadang kite kene show some sad feeling too.
baru lah normal kan.
tapi tu tak bermakne kau tu bukan org yg berfikiran positif.
kite manusia,we have feelings too.
so ape salah kadang-kadang show it.
sebab kalau simpan sorang-sorang lagi parah.
trust me.
so macam mane kau nak show that sad things tu depends ah.
kau nak citer kat bff ke,tulis pnjg bjele kat blog ke.
or just some short status kat fb.
moden kan?haha.
bye!

Subscribe to:
Posts (Atom)