Wednesday, October 27, 2010

.tips bercinta.

tiba-tiba aku jadi Dr.Love pulak. well,even pengalaman bercinta aku takde la hebat mana but still boleh pakai kot kan?so jom lah baca tips nak kekal bercinta dari paten razali. :)

  1. Berterus-terang dan elakkan cakap berbelit-belit (khususnya kepada kaum perempuan). Si dia sah-sah tak reti baca fikiran anda,jadi cakap je terus terang ye. lelaki memang tak suka perempuan cakap belit-belit sebab dorang cepat fed-up okay. tapi kalau sampai tahap kau merajok pon kau nak kene bagitau, yang itu dibenarkan bagi tembakan tepat 45 darjah ke kepalanya. melampau lah tu kan sampai merajok pon kene bagitau.
  2. Komunikasi itu penting. seriously, apa-apa pun jadi komunikasi dengan cara yang betul, masa yang sesuai. Pasangan yang kurang berkomunikasi biasanya potensi nak dilanda masalah tu tinggi okay. Kan sekarang zaman moden, tak dapat jumpa boleh call, tak dapat call boleh sms, takde henpon boleh surat ke ape ke. janji contact. at least sehari 1sms or 30scnd call okay.
  3. Kalau ada masalah dengan bf/gf elakkan mengadu kat lelaki/perempuan lain.serius! elakkan. bagi hint pon jangan. biasa lah, bila kita ada masalah dengan bf/gf mula lah orang lain tiba-tiba caring semacam. memang la konon macam nak bagi nasihat, padahal nak masuk line. Kalau tak nak hubungan anda berakhir, elakkan perkara ini.serius! (okay,memang serius)
  4. Kadang-kadang kita tak perlu dengar cakap-cakap orang ramai. Jika anda percaya bf/gf anda, cintakan dia, jadi anda lebih kenal dia siapa dia bagaimana. biarlah orang lain cakap bf/gf anda itu ini, selagi ada rasa percaya pada dia, stay lah dengan dia. :)
  5. Jika anda betul-betul mencintai pasangan anda, tak kira lah sukar macam mana pun keadaan anda berdua, jangan putus asa. yup, kadang-kadang memang penat tak larat hape lah tapi pikir untuk jangka masa panjang. ini baru couple,tak kan gaduh sikit nak putus. then dah kawen macam mana?talak ada 3 jek ye. :)
  6. buang ego anda. lelaki sah-sah ego memang tinggi, yang perempuan tu tak payah la sibok-sibok nak ego gak. kena ada toleransi kan?kalau dah 2-2 ego sape nak pakai nuovo pulak? (okay.merepek). salah seorang kene lah beralah kalau nak tahan lama.
  7. sila buang prinsip 'belum dapat sayang bagai nak rak,dah dapat buat dono jek'. biasa lelaki yang amalkan prinsip neh. bajet kau dah ada orang yang sayang/cinta kat kau, kau boleh riak bangga lah?layan la dia macam mana kau layan masa awal-awal bercinta okay. tak mustahil dia boleh tinggalkan kau bila-bila masa je.
  8. hargai pasangan anda. serius. jangan menyesal tak sudah. kita tak tahu kan ajal kita sampai bila mana, so hargai apa yang ada depan mata. jangan bila dia dah tak ada baru nak menyesal nanges-nanges. masa tu memang tak guna dah.
  9. tak salah berubah demi pasangan anda. okay, memang la kena be yourself. konon kena terima seadanya. tapi kalau 2-2 keras kepala, macam mana nak bahagia kan?someone kena gak beralah.
  10. ingat bf/gf anda belum lagi suami/isteri anda. jadi yang perempuan tak payah nak gedik-gedik mintak itu ini, nak makan itu ini kat bf kau eh. bajet macam bf kau kaya nak mati (okay,kalau memang kaya takpe). yang lelaki pulak tak payah la nak suroh itu ini, pukul sepak gf kau. anak orang tu weyh. dah kawen nanti, kalau dia buat silap, nak belasah,belasah la. (tapi still ada limit).
  11. tengah gaduh macam mana pun tapi bila depan orang sila la jaga maruah pasangan anda. jangan nak maki-maki marah dia depan orang. tak baik tau. cool je, agak-agak tak boleh cool diam je okay. nak bergadoh berperang bila tengah berdua je okay?
  12. yang ini khas untuk perempuan. tak salah kalau anda keluarkan duit time dating. madah la kan asyik bf kau je kene belanje. tak salah kau yang bayar duit tiket wayang bila dia dah belanja makan. jangan kedekut sangat cik kak. tapi ingat, untuk perempuan, jika 1st date anda yang kene keluarkan duit, sila tinggalkan lelaki itu secepat mungkin.
  13. bergaduh macam mana pun jangan lah guna ayat kesat. nak marah,marah la tapi tak payah la guna perkataan yang bukan-bukan ye. then tak payah la tukor nama panggilan tiba-tiba. dari 'saya-awak' cakap 'kau-aku'.
  14. ada masalah dengan ex gf/ex bf dia?well, just ingat perkara ini.jika dia benar-benar mencintai anda, dia takkan cari ex gf/ex bf dia. kalau dia masih contact dengan ex dia, tu maksudnya dia belum mencintai anda. dia sekadar sayangkan anda. :)
  15. tolong lekatkan dalam kepala hotak anda yang bf/gf anda pun ada kawan-kawan or life sendiri. so tak payah nak mengamok bila dia nak keluar dengan member. dia pun ada hobi or xtvt sendiri yang dia nak buat. berkepit 24 jam ngan anda kadang-kadang rimas gak.
yang terakhir :
  • jika anda sudah ada orang lain, sudah tidak mahu dia dalam hidup ada,lebih baik anda berterus terang daripada anda menipu dia. sekurang-kurangnya dia menangis seminggu jek then boleh move on daripada dia stay dengan anda tetapi dia ditipu hidup-hidup.

okay.tu je lah yang terpikir kat otak aku. :)

Tuesday, October 26, 2010

.fashion.

bila dah bosan, aku mula google carik lah apa-apa yang patut. mostly aku mesti google pasal fashion. well, normal lah kan?aku masih perempuan. (damn). meh la tengok style yang aku berkenan.

okay.yang neh totally describe style aku.

love this one!




wait.bercakap pasal style.aku tak pernah beli baju branded okay.
aku lebih prefer mix and match.
kalau pandai gayakan, baju rm4 pon boleh nampak mahal kan?
seriously,aku ade 2 baju harge rm4. ;)
sebab bagi aku perempuan, aku cepat bosan ngan baju yang aku pakai.
so kalau beli mahal-mahal then sebulan dua je pakai macam rugi kan?


tapi kan. lately neh aku nak pakai macam ni plak.
mau try style baru.
mau pakai high cut. cool kan?




kumpol duet mahu beli high cut lah!
err..ke ade someone baek hati nak bagi for my upcoming bufday? ;p
okay. neh yang macam lawa.mostly nike lah kan.


*pengsan*
mana la nak dapat kan?
pakai ngan slevless,legging pon dah smart dah.
pakai ngan short lagi smart. :D

hah.ade lagi.
selain dari high cut neh.
bawah neh wishlist aku.




then maybe kene banyak beli kemeja.
nak praktikal dah. baru ingat nak melaram time praktikal.
tapi dapat kat RTM plak. damn!
baju kurong lah hari-hari. ciss..

dah.bye!

Monday, October 18, 2010

.positif negatif.

"manusia selalu berfikiran positif untuk sedapkan hati sendiri. takut berfikiran negatif kerana takut berhadapan realiti" (fatinrazali,2010)



kita sering diomokkan dengan ayat 'cuba pikir positif' bila membuat satu-satu perkara atau dalam satu-satu hal. sumpah aku muak dengar.

apa salahnya berfikiran negatif? kau kata "kalau fikir negatif sampai bila nak maju?". ahh alasan. sedangkan kau takut berhadapan dengan realiti, sedangkan kau takut dengan keputusan yang belum tentu menjadi. kau sangat takut dengan kata-kata dunia yang gemar menghukum mengejek bila kita jatuh terduduk sementara.

memang benar berfikiran positif membuatkan hati kita tenang dan kononnya mampu membuatkan kita mencapai tahap yang lebih tinggi dari tanggapan semua orang. berfikiran positif mampu membuatkan kita rasa dunia ini tiada derita. ahh bullshit itu semua.

tidak ada salahnya berfikiran negatif. seperti tidak ada salahnya kita bersedih. kita sudah tahu, kita hidup di dunia yang nyata di mana derita ada di mana-mana. berfikiran negatif bagi aku mampu membuatkan kitta berpijak di alam nyata. kita tidak akak terlalu meletakkan harapan yang tinggi dalam satu-satu perkara, jadi apabila kita jatuh, rasa sakit tiu hanya sementara tetapi jika kita berjaya kita akan rasa bahagia puas tersenyum bangga.

berfikiran negatif bagi aku menyedarkan kita perkara-perkara mustahil atau halangan yang mampu perlahan-lahan menolak kita jauh. tetapi jika kena dengan caranya, halangan itu lah yang akan jadi pemangkin kepada kejayaan kita. ahh maaf, mungkin cara aku tak sama dengan kamu semua.

jadi, jangan takut berfikiran negatif.
tiada siapa berhak menghalang cara anda berfikir.
:)

Friday, October 15, 2010

.saya tak cantik.

saya tak cantik tak comel rupa,
tapi saya pandai masak enak di rasa,
boleh lah buat isi perut kita,
tak perlu makan kedai bila kita dah tua.

saya tak pandai bergaya ala diva ternama,
tapi saya pandai menjahit cantik di mata,
boleh lah bila sesak koyak tiba-tiba,
takde la gelabah marah tak tentu hala.

sya bukan perempuan bijak tahu segala,
tapi saya tahu memandu kereta,
boleh la ganti awak bila kita berdua,
takde lah awak penat pandu seorang sahaja.

saya mungkin sensitif tak semena,
tapi saya tak cepat gelabah cool sahaja,
tapi kadang-kadang saya cepat pelupa,
awak nak tak jaga saya?

saya memang bukan perempuan tipikal,
yang mengharap lelaki sempurna,
kalau awak mampu buat saya rasa bahagia,
saya rasa awaklah jodoh saya.

saya tak cantik,
saya tak sempurna,
saya cepat gemuk bila tak dijaga,
saya hati tisu menangis je kerjanya,
saya kuat tidur sampai bengkak mata,
saya bukan list perempuan idaman semua.

tapi,
awak nak tak jaga saya?
terima saya yang dah gemuk bila dah tua?
tolong kejut saya kalau saya tidur tak terjaga?
pujuk saya kalau saya menangis tak semena?

saya memang tak ada apa-apa,
saya cuma ada hati yang ikhlas terima awak,
cinta yang cukup besar untuk awak,
dan ruang yang luas dalam hidup saya untuk awak seorang.

:)

Monday, October 11, 2010

.muka cantik bukan tiket.


"berwajah cantik bukan tiket untuk mempermainkan hati lelaki"
(fatinrazali,2010)


ye,ingat tu kawan-kawan.
aku ulang, berwajah cantik jelas ketara bukan tiket untuk mempermainkan hati lelaki ye.
tidak kira lah muka kau cantik tahap dewi.
sampai orang jalan pandang pun iri hati.
itu bukan alasan kau boleh mempermainkan hati lelaki.

muka kau cantik.
nampak lembut. berbudi bahasa.
sayangnya kau mudah rambang mata dan buta hati.
kau kikis duit si lelaki dan pasang lelaki lain.
dan sayangnya,
kecantikan dalaman kau tak sama dengan kecantikan luaran.

jadi si cantik di luar sana,
ingat lah. muka cantik hanya sementara.
dah tua semua itu binasa juga.
so please, jangan permainkan hati lelaki ye.
atau anda akan dapat padah.
cepat atau lambat je.
hati-hati.
:)

p/s : klo aku jadi lelaki tu,bukan setakat lempang aku bagi. trust me.

Friday, October 08, 2010

.balak tak hensem awek cantik.


|| balak tak ensem awek cantik ||

" awat hang bodo sgt?mmg la hang tak ensem tp awek hang tu da melengkapi pon kekurangan hang tuh..sbb tu dia cantik..dok merendah diri pasai apa?? "

(Karpenko Latte,2010)



merujuk kepada ayat di atas jelas lah korang paham ape aku cuba nak sampaikan kan?
well, tahniah arm. memang best ayat dia.

kita pon selalu nampak kan keadaan neh?
balak hensem, awek macam tak semenggah.
awek cun macam artis, balak kuor macam nak g pasar malam.
kalau jumpa yang sama cantik, sama padan itu memang bonus lah bagi mereka kan?

tapi tu lah, kuasa Tuhan.
dia lengkapkan sisi kita yang lagi satu dengan datangkan kita pasangan yang berlainan ciri dan karektor daripada kita.

atas tujuan apa?
atas tujuan melengkapi lubang kekurangan diri kita.
atas tujuan kita dapat memahami sisi orang lain selain kita.

jadi,tak perlu la nak merendah diri sangat.
pasangan anda dah terima anda, jaga lah dia elok-elok.
agak-agak rasa diri tu kurang, tambah apa yang patut.
bukan asyik nak merungut cakap kau tu tak cukup elok.

jadi,
hargai pasangan anda.
kalau dah dapat bf hensem/awek cantik tu jaga lah elok-elok.
bukan senang nak dapat orang yang hensem/cantik terima kita yang kurang neh kan?

Yang Benar,
-fatinrazali-

.kosong.

kosong.
sumpah rasa kosong.
tanpa kau yang dulu mengongkong.

kosong.
bila hanya mampu melihat kau di situ.
bergelak tawa bersama rakan.
sedangkan denganku kau hanya terdiam.
buat aku rasa aku hanya beban.

kosong.
tanpa senyum kau.
tanpa pelukan kau.
tanpa diri sebenar kau.

tak tahu mana dia hilang.
mungkin pergi mencari ruang.

tidak mengapa.
kerana aku kini sudah biasa.

.